Tuesday, May 2, 2023

Menoktahkan Kemiskinan Memperkasakan Ekonomi Madani

Umum mengetahui punca Kemiskinan Tegar adalah berasa selesa dengan keadaan kehidupan harian yang memerlukan makanan dan penginapan tanpa simpanan atau kediaman secara tetap disebabkan terus bergantung kepada pemberi simpati.


Mengapa tiada usaha kerana selalunya kehidupan sebagai miskin tegar ini tidak terlalu memeningkan kepala kerana tidak terlalu melayani keinginan dan cukup sekadar boleh hidup dan memejamkan mata untuk bermimpi seketika.


Walaubagaimanapun ianya adalah hak individu bagi memilih jalan dan cara hidup sebegitu namun bagi yang mempunyai pasangan atau tanggungan adakalanya mereka terpaksa bergantung dengan nasib tersebut tetapi mempunyai pilihan lain sebagai manusia dalam memilih takdir mereka sendiri.


Regim terdahulu mungkin berasakan golongan ini tidak penting kerana bagi mereka dalam alam rantaian ekonomi ianya tidak memberi impak dan sebagai tempat memberi dedak sebagai gula-gula bagi menjalankan sesuatu propaganda.


Projek pembangunan asnaf sebagai pembayar zakat Salah satu contoh program inkubator yang berjaya mengubah cara hidup segolongan manusia dalam mengubah nasib mereka yang tidak mampu bertukar status kepada ahli perniagaan yang mampu bersaing dengan nilai pendapatan yang membanggakan.


Kemiskinan adalah satu taraf hidup yang agak ketinggalan dalam arus kemajuan tambahan pula bagi mereka yang berada di kota raya sebagai golongan gelandangan yang saling bergantung harap kepada pemberian dan bantuan dari sukarelewan dari beberapa badan bukan kerajaan.


Memasyarakatkan perusahaan adalah cara terbaik dalam membentuk satu rantaian ekonomi secara mikro dalam persekitaran tempatan dimana dikalangan penempatan 1000 hingga 5000 orang dengan mempunyai beberapa perusahaan secara `home made` bagi pasaran tempatan sahaja.


Ianya boleh dimulakan dengan kawasan pangsapuri kelas pertengahan atau sederhana yang mempunyai ruang niaga bagi mereka menjana pendapatan begitu juga dengan konsep 'home made' bagi produk tertentu dengan mewujudkan 'production line' untuk kejiranan tertentu menghasilkan produk soko ngan seperti alat ganti kenderaan atau aksesori kenderaan.


Lembah Klang mempunyai banyak kawasan kediaman seperti perumahan rakyat yang mempunyai sebilangan manusia yang bebas dari pekerjaan sepenuh masa bagi digunakan untuk menjana pendapatan dengan upah kerja sambilan dalam mewujudkan sebuah rantaian bekalan.


Begitu juga di kawasan luar bandar seperti kampung tersusun yang terdapat ramai penduduk serta kawasan rancangan Felda yang mempunyai tenaga kerja bebas tanpa upah tetap dengan merekrut mereka menjadi pekerja disana dalam menghasilkan beberapa produk tambahan.


Faktor keluasan kawasan menjadikan kedua-dua kawasan luar bandar dan pinggiran bandar berbeza dari jenis produk pengeluaran dan lebih baik lagi dengan menumpukan produk yang amat diperlukan pada pasaran dengan mengurangkan import negara terhadap sesuatu barangan atau bahan makanan.


Menoktahkan Kemiskinan dengan mewujudkan nilai tambah pendapatan rakyat dengan mengurangkan kebergantungan pasaran yang terlalu bergantung kepada import yang menjadi penyumbang kepada penukaran mata wang yang semakin negatif diburukkan oleh para pekerja asing menghantar wang ke negara asal masing-masing.


Apabila Kemiskinan menjadi minoriti Dan golongan pertengahan melebarkan majoriti menjadikan limpahan kemakmuran ekonomi dapat dirasai dengan pengaliran kuasa beli kepada kedua-dua arah puncak dan dasar ekonomi menjadikan saling hubung yang lebih harmoni dihantar lapisan Maha kaya kepada sederhana kaya dan golongan bawahan mendapat limpahan keselesaan yang membanggakan semua.

No comments: