Tuesday, July 27, 2010

Siapa yang berkuasa di dunia?

Kuasa, semua orang gilakannya kerana dengan ia seseorang itu boleh melakukan apa yang diingininya. Dulu kuasa datang dari kekuatan fizikal seperti hukum rimba, siapa yang kuat maka dialah yang berkuasa. Sebelum tahun masihi, kuasa diperolehi dari kekuatan, pengaruh dan juga kebijaksanaan. Semua orang yang berkuasa tahu kuasa tidak boleh kekal dan sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja asalkan dapat mempertahankan kuasa.
Pada abad permulaan tahun masihi, manusia telah berjaya membentuk negara, tamadun dan empayar yang begitu berkuasa. Semua pemerintah pada masa itu bersungguh-sungguh mempertahankan kuasa mereka sehingga melakukan tindak-tanduk yang membinasa segala hakmilik manusia. Islam juga perlukan kuasa bagi menjaga satu bentuk sistem yang diajar oleh RasulNYA agar mudah dijaga. Kuasa sebenarnya tidak boleh dibeli tetapi mesti perlu dijaga dan diawasi kerana akan sentiasa ada yang ingin mengambilnya. Maka muncullah kuasa Islam yang berjaya menakluki satu pertiga dunia dengan berbagai-bagai dinasti dan kerajaan-kerajaan yang mengagungkannya sehingga terjatuhnya kuasa empayar ini pada awal abad ke 20 Kesultanan Utsmaniyah (1299–1923) oleh pemberontakan dalaman yang berjaya menjatuhkannya.

Pada pertengahan abad ke15, banyak kuasa-kuasa dunia telah muncul selepas kebangkitan eropah dari dibelenggu zaman kegelapan. Mereka bangun lantas menerkam sesiapa sahaja (kerajaan) bagi mempertahankan dan menambah kuasa yang boleh memonopoli perdagangan rempah pada masa itu. Banyak kerajaan-kerajaan baru wujud ketika ini dengan mendominasi pelayaran ke serata benua bagi memerah hasil bumi untuk menampung keperluan industri mereka. Ketika ini tiga kuasa besar dunia telah muncul iaitu Sepanyol, Belanda dan juga Perancis yang berjaya meluaskan pengaruh mereka.

Revolusi industri yang muncul pada akhir abad 17 telah digunakan sepenuhnya oleh beberapa buah negara untuk terus bangkit untuk menjadi kuasa besar dunia seperti Britain, German dan Perancis. Mereka telah berjaya memodenkan angkatan senjata mereka bagi terus membina empayar besar untuk menjajah tanah-tanah dan benua baru demi menaikkan nilai ekonomi mereka.Pelbagai ekspedisi dilakukan untuk menjadikan mereka kuasa koloni yang berpengaruh. Ketika ini juga pelbagai perang kecil berlaku kerana perselisihan akibat daripada merebut tanah-tanah jajahan dengan termeterainya pelbagai perjanjian.


Awal abad ke19 dan 20, berlakunya kelahiran pelbagai ideologi-ideologi pemerintahan setelah bermulanya asas demokrasi atau pemerintahan secara undian bagi mendapatkan kuasa. Berbagai versi dan ideologi dicipta dan direka (kebanyakan dari tokoh Yahudi) untuk mewujudkan negara dan istilah merdeka menjadi popular di serata dunia. Maka Sistem Monarki atau Feudalisma telah terhapus secara sistematik atau telah dicabut kuasa eksekutif pemerintahannya. Antara fahaman ideologi yang berjaya membina sebuah negara ialah Komunisme, Nasionalisme dan Sosiolisme. Sistem pemerintahan islam pada masa ini telah sampai ke penghujungnya.


Setelah wujudnya negara-negara bangsa dengan berbagai fahaman dan ideologi yang berbeza membuahkan bibit-bibit persengketaan yang ketara. Berlakunya perang dunia pertama dengan diikuti perang dunia yang kedua serta berpanjangannya perang dingin antara dua kuasa dunia. Dunia hari ini melihatkan kepada kita siapa yang berkuasa dan kita boleh melihat kuasa mereka diterjemahkan kepada veto yang diperolehi apabila berlakunya sebarang undian keputusan di PBB, yang berkuasa akan tersenyum sekali lagi.