Monday, May 17, 2010

Ekonomi Dunia - Pandanganku

Manusia sejagat secara amnya telah dikawal oleh satu kuasa atau sistem yang separa automatik di panggil ekonomi. Di dalam dunia hari ini kita secara tidak langsung telah dipengaruhi oleh beberapa sistem ekonomi yang mempunyai dominasi yang besar serta mempengaruhi perjalanan segala sistem ekonomi secara global.

Sistem pemodal (bank-bank) yang dikuasai oleh beberapa orang individu atau beberapa negara dengan memegang sejumlah kuasa melalui simpanan rezab wang dan ketulan emas bagi memastikan perniagaan-perniagaan yang disokong oleh mereka berfungsi sehingga dapat dinikmati sehingga kepada perkerja bawahannya. Namun begitu, setiap unit matawang yang dikeluarkannya menghasilkan laba yang besar mengikut saiz dana yang dikeluarkan.
Hampir semua peniaga diseluruh dunia berniaga dengan bermodalkan dana pinjaman dari beberapa institusi kewangan. Keuntungan yang diperolehi akan ditolak komisyen atau faedah pinjaman secara berterusan mengikut satu jangka waktu yang telah ditetapkan.Begitu juga bagi para pengguna yang berkeinginan memiliki harta-harta seperti kediaman dan kenderaan juga terpaksa mengorbankan beberpa peratus hasil pendapatan mereka bagi mendapatkan pembiayaan dari golongan pemodal yang berniaga matawang untuk mendapatkan matawang. Mereka akan sentiasa menggalakkan para pelanggan mereka berhutang dengan pelbagai cara pemasaran bagi meraih keuntungan dalam perniagaan pemiutang.

Contoh paling mudah untuk difahami ialah seperti kita mempunyai sekampit beras. Jika ada yang datang mahu meminjam secupak atau segantang sebenarnya kita tidak kehilangan beras itu. Ini kerana yang meminjam secupak akan memulangkan 1/3 cupak (sebagai contoh) atau yang meminjam segantang akan memulangkan 1/2 cupak. Lama kelamaan dalam jangka masa panjang kita akan memiliki berkampit-kampit beras hasil dari pemberian pinjaman itu. Hasil dari sistem ekonomi jenis ini akan menimbulkan beberapa perkara seperti  jenis,mutu atau kualiti beras tersebut. Bagaimana untuk memastikan beras yang dipulangkan itu sama kualiti atau lebih tinggi dan berapa beza mutunya dan kuantiti yang harus dipulangkan semula?

Jika kita tukarkan sekampit beras kepada satu unit matawang ianya akan memberi kesan yang lebih teruk kerana semua matawang tidak mempunyai nilai yang sama. Sebagai contoh, jika kita hendak membeli sekampit beras berharga US$10, kita memerlukan kira-kira RM35 bagi memperolehinya. Apa yang perlu difikirkan, adakan sama (usaha pendapatan) untuk kita dapatkan US$10 dengan RM35?katakan seorang tukang cuci di USA bergaji US$1000 dan jika di negara ini ia memerlukan anda berpendapatan RM3500 untuk menyamai nilai gaji seorang tukang cuci di US. Cuma kelebihan yang dianugerahkan tuhan kepada setiap penduduk negara hasil bumi yang menjadi tanaman dan makana ruji mereka berbeza-beza dipengaruhi dengan faktor cara hidup dan budaya yang bersesuaian.

Bagaimana pula dengan sebuah sistem ekonomi Monopoli?Ia sememangnya berkait rapat dengan teknologi yang perlu dibayar dengan harga yang tinggi dan tidak berasas semata-mata untuk keuntungan yang cepat dan banyak.Ada negara yang tidak mempunyai modal apa-apa namun mempunyai tempat untuk berniaga dan pelabuhan perdagangan, ada negara hanya mempunyai hasil galian yang tinggi dan ada juga yang mempunyai kedua-duanya. Mereka semuanya melakukan urusan perniagaan menggunakan matawang yang nilainya bergantung kepada eksplotasi dan manipulasi yang tinggi dan penarikan modal secara tiba-tiba mempengaruhi nilai yang mengikat matawang berkenaan.Mereka membuat untung hanya dengan mengalihkan beberapa unit kepada unit yang lain atau menggunakan sebarang situasi dan gimik sebagai ribut atau gelombang keuntungan mereka.