Thursday, August 9, 2012

Wahai Manusia...

Setiap nafas dihela masuk dan lepas,
Setiap detik kerdipan mata bergerak pantas,
Setiap kali kita merasa belas, ingin bebas dan kadangkalanya puas,
Setiap rasa yang datang dari niat yang ikhlas,
Setiap cerita punya emosi dan situasi yang telah lepas.

Mengapa kita merasa sudah cukup segalanya?
Mengapa kita selalu lupa segala kurniaannya?
Mengapa kita selalu terleka untuk memikirkannya?
Mengapa kebodohan berulang perbuatannya?
Mengapa kesombongan melebarkan sayapnya?

Tanyalah pada hati kenapa selalu membenci?
Tanyalah pula sanubari yang sering iri hati,
Tanyalah diri mengapa masih belum cukup kehidupan ini?
Tanyalah nafsu kerana selalu hasut melulu,
Tanyalah pada akal kerana kehidupan ini bukanlah kekal.

Wahai manusia yang selalunya alpa,
Wahai insan yang terlalu perasan menjadi tuhan,
Wahai saudara yang angkuh mendera bila berkuasa,
Wahai sahabat berhati-hatilah apa yang diperbuat,
Wahai teman kehidupan ini kita telah warisi zaman-berzaman.

Bila satu menjadi dua dan beribu,
Bila air yang boleh membeku dan bebas ke udara,
Bila api yang panas namun tak boleh membakar,
Bila angin yang laju namun mudah hilang diangkasa,
Bila cahaya telah suram dan terang menyuluh segala.