Thursday, January 13, 2011

Tahun yang mendebarkan

Telah dua minggu kalendar hidup ini melangkah ke tahun baru dengan meningkatnya usia dan bertambahnya pengalaman dengan nota-nota harian. Masa yang berlalu yang dikumpul menjadi setahun telah pergi dan tak mungkin berulang lagi. Sekarang adalah masa untuk lebih memperbaiki langkah-langkah sumbang yang mungkin menjadi penghalang pada masa lalu.
Dalam takwim tahun ini juga rezki bertambah dengan segala puji bagi ALLAH yang dengan khabaran untuk memperolehi cahya mata. Insyaallah gelaran bapa/papa/ayah akan ku perolehi sedikit masa lagi. Namun segalanya adalah aturan yang maha kuasa dan harapan dengan doa yang dibaca mampu menyenangkan diari-diari mendatang.

Tahun ini sebenarnya tahun fasa ketiga aku sebagai manusia kerana telah tiga dekad aku diberi nyawa dalam meneruskan kehidupan dengan amanah yang perlu di laksanakan. Setelah 30 tahun menjalani kehidupan yang mungkin menjadi separuh perjalanan dalam hentian menemui tuhan dan kehidupan abadi yang dijanjikan.