Sunday, April 22, 2007

Warna - warna kehidupan...

Dunia ini penuh warna-warni, ada yang berseri, ada yang tidak lagi bersinar. Adakalanya amat terang sehingga silauannya amat menyakitkan. Namun masih ada warna yang menyejukkan pandangan dan menggembirakan.

Warna-warna muncul mengikut edaran perasaan dan persekitaran. Setiap individu dapat melihatnya dalam pelbagai kecerahan, kegelapan dan juga kepudaran. Semua melihat kehidupan ini berwarna-warni. Kadangkala ianya amat disenangi dan ada jugak yang amat dibenci dan sentiasa ingin lari dari menghampiri.

Asasnya warna kehidupan dalam dua punca yang berbeda namun menghasilkan warna yang sama. Warna dari tiga punca yang akhirnya jika kecerahannya sama menghasilkan hitam segelap-gelapnya. Empat puncanya pula bila kecerahannya sama menghasilkan putih yang menyilau panorama.

Apapun warna-warna ini sentiasa bercampur, mendominasi antara satu sama lain sehinggakan menerbitkan jutaan warna. Itulah warna-warna kehidupan.

Saturday, April 21, 2007

Perempuanku...

Ku masih mencari....siapakah gadis untuk dijadikan teman sejati...

Ku masih bermimpi diakah yang tertulis di kalam Ilahi sebagai isteri...

Ku masih menanti adakah dia yang akan bertakhta di hati sanubari...

Ku selalu merindui jika dia insan yang perlu disayangi sepenuh hati...

Ku juga pasti suatu hari, jawabannya diberikan Ilahi...

Politik amat membingungkan....

Uniknya Malaysia, iklim politiknya agak berlainan dengan wilayah sekitarnya, Thailand di utara, Singapura di selatan, Brunei di timur dan Indonesia di barat.
Jika di kejiranannya itu, politiknya lebih memfokuskan ideologi, lebih kepada perjuangan sama ada ditunjangi Sosialisme, Liberalisme dan juga Nasionalisme.
Di malaysia, 'tanah jantan nusantara' ini lebih dipengaruhi oleh ideologi bersifat perkauman dengan kewujudan beberapa parti politik yang besar dan berpengaruh yang objektifnya menjaga kepentingan kaum masing2. Begitu juga pada mulanya di Sarawak yang mempunyai objektif yang sama.
Lewat 80an, barulah ia mula di pengaruhi dengan semangat2 idealisme di kalangan pemimpin2 mereka dengan menyerap semangat kerjasama yang lebih baik di dalam satu barisan. Hanya satu parti yang bertonggakkan agama, satu parti berideakan Liberalisme dan satu parti yang digabungkan dan mempunyai ramai pemimpin yang berideakan Sosialisme dan Nasionalisme.
Maka setiap parti akan membawa ideologi masing2 dan juga cuba sedaya upaya mempengaruhi untuk menjadi berpengaruh dalam apa jua cara sehingga mengiyakan perbuatan ' Matlamat Menghalalkan Cara'. Rakyat di dendangkan dengan bermacam lagu, rentak dan budaya sehingga ada yang keliru, fanatik dan ada juga yang cuba untuk menjadi neutral. Jika kita masih terfikir untuk menjadi salah seorang ahli mana2 parti, kita adalah seorang yang berideologi dan sekiranya kita memilih untuk menjadi neutral, kita seharusnya memikirkan satu cara yang neutral tetapi masih bertanggungjawab dalam iklim politik negara kita ini. Fikir2kan lah.