Sunday, February 3, 2008

Dunia konspirasi...

KONSPIRASI!perkataan ini kudengar pertamakali pada tahun 1998 tatkala aku masih dalam asrama putera kecoh tentang pemecatan TPM Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ah, itu semua orang politik, mereka ada permainan mereka sendiri, percaturan mereka sendiri. Bagaimana dengan kita?tak perlu lihat dari skop yang begitu besar untuk memeningkan kepala. Lihat saja diri sendiri, betapa kita selalu berkonspirasi dengan diri sendiri untuk terus hidup. Kita ini bukan unsur yang tunggal, KITA ini terdiri dari ROH,AKAL,HATI,NAFSU dan JASAD sebagai alatnya atau dalam istilah dunia siber jasad kita ni adalah 'hardwarenya'.
ROH adalah tenaga yang menggerakkannya, menghidupkannya supaya bergerak dan berfungsi mengikut arahan-arahan yang datang dari AKAL, HATI dan NAFSU yang sentiasa cuba menjadi tuan untuk mengarahkan apa yang dirasakan. Selalunya kemudi utama ialah akal yang selalu berfikir menggunakan pemproses utama iaitu otak yang secara umumnya akan menggunakannya LOGIK kemudian jika sesuatu itu diluar jangkauan iua akan mengikut hati yang selalunya mengikut satu bisikan ghaib dan kekadang juga nafsu selalu memintas untuk sabotaj sesuatu perbuatan kerana masing-masing ingin menunjukkan kehebatan tersendiri.
Keterlangsungan itu wujudlah satu azimat kata "IKUT HATI, MATI.""IKUT NAFSU,LESU."Dua unsur penasihat utama AKAL untuk memutuskan keputusannya bagi diikuti oleh setiap anggota JASAD bagi menyempurnakan pergerakan yang membawa erti kehidupan.
Perkataan lain yang sesuai untuk menggantikan makna KONSPIRASI ialah KOMPLOT yang sebenarnya diadakan untuk mencapai sesuatu maksud. Jika maksudnya baik maka dramanya juga baik tapi jika sebaliknya, jadilah ia kepada prinsip matlamat menghalalkan cara.
Jika kita melihat hukum, HALAL tidak boleh dijadikan HARAM begitulah sebaliknya secara umum tetapi TUHAN amat mengerti dan MAHA MENGETAHUI.Jika diambil kira dengan situasi dan kesan buruk yang mungkin dihadapi, yang HARAM boleh menjadi HALAL tapi janganlah melampaui batas sehingga menjejaskan maksudnya.
Manusia sebenarnya hanyalah Manusia dan sifat dan sikapnya tidaklah lebih dari itu, namun jika AKAL sudah keliru, HATI telah bersekongkol dengan NAFSU maka faedahnya sama ada baik tau tidak ialah JASAD dan mendapat cemuhan ialah AKAL.
Ayuh kita tukarkan watak sesebuah negara dengan menjadi sesebuah jiwa. Siapakah ROHnya,AKALnya,HATInya,NAFSUnya dan JASADnya.Jika kita ringkaskannya ia akan menjadi JIWA dan NYAWA seperti BENDERA dan TIANGnya.
'Renung-renungkanlah dan selamat BERAMAL.'

Saturday, February 2, 2008

Salam tahun kelapan di abad baru...

Aku ambil masa sebulan untuk mengenali tahun ini, DUARIBULAPAN. Kalau ikut zodiak cina dan kepercayaan angkanya, tahun ni adalah tahun yang bertuah dan memberi kekayaan yang melimpah ruah..hmm entah...
Setelah ku dongak dan fikir tahun ini sebenarnya sama tetapi mesti lebih dari tahun-tahun yang lalu.Apa yang lebih dan yang kurang adalah penentu bagi meneruskan kisah hidup yang panjang ini. Perancangannya juga panjang dan lebih panjang dari perancangan yang dahulu. Namun harus diingat manusia ini hanyalah perancang yang nyata, tuhan tentukan segala.
Bagiku tahun ini ada cabaran yang hebat, tiada perniagaan yang boleh mendapat laba yang besar tanpa modal dan saingan yang hebat. Tiada kelazatan dapat dirasa jika rencahnyer tidak dipenuhi dengan sedikit manisan,cuka dan kepahitan yang bila diadun dapat memberikan nikmat pada selera.
Sebenarnya, segala-galanya telah terbentang luas bagi kita menggunakan apa yang datang dan apa yang telah berlalu sebagai teraju untuk terus melangkah hari demi hari dan masa terus berdetik untuk melengkapkan pusingan jam kehidupan kecuali tika kita tenang dibuai mimpi atau sengsara dengan mimpi ngeri.
Takdir sebenarnya tidak menzalimi, tapi ia dicorak dengan perbuatan itu sendiri, "What you give, You get back".