Wednesday, December 19, 2007

Aku yang masih telanjang

Sememangnya setiap insan itu dilahirkat telanjang, terpulanglah kedua-dua ibubapanya atau penjaganya memberinya pakaian dan terpulanglah jenis pakaian mana yang dipakai untuk menutup sebatang tubuh.
Begitulah juga pakaian hidupnya, bilamana dewasa ia akan menentukan jenis pakaiannya sendiri. Telanjang selalunya diistilahkan sebagai tidak berpakaian, tetapi bagiku telanjang boleh digunakan dalam semua aspek kehidupan.
Telanjang akal, telanjang ilmu dan ketelanjangan sikap juga adalah sesuai untuk setiap insan. Ia tidaklah sama dengan telanjang tanpa pakaian kerana ia hanyalah dari segi fizikal untuk menutup oragan yang paling besar iaitu kulit dari ancaman suasana seperti suhu dan permukaaan lain yang berbagai-bagai dari luka dan mencacatkan.
Ketelanjangan akal memberikan seseorang itu fikiran yang tidak terbatas namun amat terdedah kepada persekitaran fikiran yang mudah diserap atau yang akan melukai akal itu sehinggakan tercedera dan berparut. Minda yang telanjang sebenarnya lebih mudah menerima tetapi jika tidak berhati-hati ia akan dirosakkan oleh anasir-anasir yang memesongkan.
Ilmu yang telanjang menyebabkan sesuatu sifat keilmuan itu mudah diresapi oleh mana-mana teori atau antologi yang menyebabkan penjajahan ilmu itu membawa kepada kebobrokan cabangannya sehinggakan sesuatu ilmu tidak dapat dipastikan asalnya atau perkara basisnya yang menyebabkan ilmu itu kurang dicerna sebaik-baikya.
Sikap yang tidak tetap dan sering berubah-ubah menyebabkan peribadi seseorang itu lebih terikut-ikut atau terbawa-bawa dengan arus persekitaran atau hubungan dengan penyikap yang lain menyebabkan sikapnya sering berubah-ubah sehinggakan kadang-kadang sukar difahami apakah sikapnya yang sebenar.
"Maka dijadikan setiap insan itu suci bersih seperti kain putih, terpulanglah kepada penjaganya mencorakkannya sama ada menjadi sepertinya" dan "Setiap insan itu telanjang sehingga terpulanglah kepada setiap pakaian yang dipakainya itulah yang akan menjadi perhiasannya atau pandangan orang terhadapnya".

Saturday, December 1, 2007

Hakikat Cinta...

C.I.N.T.A.Apa maksudnya?kalau kita masih ingat lagu XPDC berjudul Darjah Satu, mungkin kita akan sedikit memahaminya tetapi perlu juga metafora kerna senikatanya agak berbaur kesufian.

Dalam perjalanan kesufian, cinta mereka amat agung, jitu dan padu sehinggakan sifat keCINTAan mereka itu kepada maha penciptanya amat tinggi lebih dari diri sendiri.

Jika kita hayati kebanyakan lagu CINTA tempatan asalnya dari bait-bait keCINTAan seorang sufi kepada tuhannya tetapi hanya ditukarkan tujuan CINTA untuk sang pencipta kepada insan yang diCINTAi.

Aku mengenal CINTA sejak tingkatan tiga, malangnya naluriku tidak begitu minat mendekatinya tambahan pula keberanian dan juga keegoanku membuatkan ku cuba menghindarinya.

Adakalanya CINTA yang datang tidak di senang dan sesetengahnya CINTA ada saingannya. Sehinggakan CINTA pertama jadi episod yang lama tapi kekal jadi sejarah CINTA yang terpahat untuk selamanya.

Pada mulanya CINTA hanyalah khayalan dan fantasi bagi sang peCINTA tetapi lama-kelamaan ia menjadi nyata dengan sedikit usaha yang penuh dengan cerita suka dan duka.

Setelah sedekad lamanya aku mengenali CINTA, masih juga membuahkan maksud yang berbeza-beza dalam banyak situasi dan corak fantasi yang berbeda.

Bagiku, manusia memang dijadikan dan dilahirkan atas nama CINTA. Sang pencipta menjadikan ADAM kerna CINTA, manusia melahirkan zuriat dari perasaan dan segala rasa CINTA walaupun sesekali dipaksa atau terpaksa.

Dalam hati naluri melalui rohani dan jasmani CINTA itu banyak terbahagi seperti CINTA kepada diri sendiri, CINTA kepada Ilahi, CINTA kepada ibu bapa, CINTA kepada kaum keluarga, CINTA kepada rakan taulan, CINTA kepada suami atau isteri dan CINTA kepada kehidupan yang disenangi.

Itu semua adalah CINTA tetapi dalam maksud dan makna yang berbeda dan kehidupan musnah jika kita tidak punyai rasa CINTA. Sesungguhnya dari CINTA untuk MenCINTAi dan diCINTAi.