Tuesday, May 30, 2017

Dunia ini berbilang dimensi.

Kalau bicara soal ‘Dimensi Lain,’ kita cenderung berpikir bahwa dimensi adalah sesuatu seperti dunia paralel. Iaitu dunia yang sama dengan dunia kita, namun memiliki realiti yang berbeza. Akan tetapi dimensi dan perannya dalam mengatur keberadaan alam semesta kita akan terlihat berbeza dari pandangan mainstream orang kebanyakan.

Untuk mempersingkat, dimensi itu sederhananya hanyalah sejumlah aspek berbeza dari apa yang kita anggap sebagai realiti. Anda pasti mengetahui tiga dimensi awal yang ada disekitar kita iaitu dimensi yang menjelaskan panjang, lebar, dan kedalaman dari segala objek yang ada di alam semesta kita.

Ketiga dimensi itu dapat dilihat dengan mudah, namun diatasnya, dimensi keempat dan seterusnya, observasi biasa akan sukar dilakukan. Dalam kerangka teoritis dari teori Superstring (Supersymmetric String) menyebutkan bahwa alam semesta ada dalam sepuluh dimensi yang berbeda. Kesepuluh dimensi ini adalah aspek yang mengatur alam semesta, gaya fundamental di alam, dan semua partikel elementer yang terkandung di dalam alam semesta.


Kita mulai dari sebuah titik. Sebuah titik pada sebuah bidang tidak punya ukuran panjang maupun lebar, hanya titik. Titik hanya memberikan posisi, tanpa ukuran. Taruhlah ada dua titik disebuah bidang. Tentu keduanya tidak memiliki ukuran apapun, hanya sebuah posisi. Dimensi pertama sederhananya adalah sebuah garis yang menghubungkan keduanya. Kini ia sudah memiliki sebuah ukuran, iaitu panjang.



Jika kita tambahkan garis yang memotong pada garis yang kita buat di dimensi pertama, kita masih melihat sebuah ukuran panjang dan belum ada lebar. Tinggal tambahkan garis yang saling menghubungkan, maka kita akan mendapatkan lebar. Lebar merupakan aspek dalam dimensi kedua.


Tapi bagaimana jika kita hidup dalam dunia 2-Dimensi? Maka yang terlihat adalah segala yang kita lihat terlihat dalam aspek 2-Dimensi. Kita yang hidup dalam dunia 2-Dimensi tidak boleh melihatnya dalam 3-Dimensi. Segala yang 3-Dimensi akan terproyeksi dalam 2-Dimensi. Anggap saja seperti kita melihat sebuah foto rontgen, ilustrasi dibawah dapat membantu.

Ini adalah hal yang sangat sederhana, dan kebanyakan orang mengetahui akan hal ini kerana sehari-hari kita hidup di dunia 3-Dimensi. Sebuah kubus dapat mewakili dari idea ini, namun kita boleh menggunakan analogi ini.

Jika sebuah semut berjalan di plat segi empat yang merupakan representasi 2-Dimensi, maka kita boleh melihat ia berjalan di atas plat dengan pinggir plat merupakan sebuah tempat yang kita anggap batasan. Ini merupakan pandangan kita dalam dunia 2-Dimensi.

Namun, apa yang terjadi jika si semut muncul disisi lain dari plat tanpa harus melewati tengah-tengah dari plat. Haruskah kita merasa aneh? Tidak, ini karena pandangan kita dalam 2-Dimensi. Pandangan 2-Dimensi akan menghalangi kita untuk mengamati dunia 3-Dimensi.

Fakta jika kita lihat dalam 3-Dimensi, itu tidak hanya sekedar plat, namun sebuah plat yang dibengkokkan. Sehingga mata 2-Dimensi hanya melihat pancaran tampak atasnya dengan menghiraukan kedalaman objek. Jika kita taruh pada analogi cabang, kita boleh melihat sebuah semut berjalan melewati cabang, masuk dalam suatu titik dan keluar di titik berbeda dengan cabang yang berbeda pula, ini dapat di wakilkan pada pelipatan pada cabang dan membuatnya terlihat masuk akal.


Kita sudah mengerti 3 Dimensi awal, dimensi pertama diwakili oleh “panjang,” dimensi kedua diwakili oleh “lebar,” dan di dimensi ketiga diwakili oleh “kedalaman.” Namun apa yang bisa mewakilkan dimensi keempat? Jawabannya adalah “durasi.” 

Jika kita melihat sebuah kubus pada 1 minit yang lalu dan kubus pada saat yang sekarang, maka garis yang menghubungkan keduanya adalah dimensi keempat. 

Dan jika kita buat saja sebuah ilustrasi yang menggambarkan waktu kita lahir hingga kita saat ini, dan sebuah garis menghubungkannya. Maka ini adalah bagaimana kita kelihatannya dalam 4-Dimensi, namun karena kita hidup dalam 3-Dimensi maka, kita tidak akan bisa melihat diri kita dalam 4-Dimensi. Waktu adalah hal yang substansial dalam menentukan sebuah perkara dalam titik tertentu.

Monday, May 29, 2017

Rentas sempadan dengan beroda dua

Telah lama memasang angan-angan untuk melangkau sempadan utara negara dengan bermotorsikal. Destinasi yang dipilih ialah Krabi (Gerbi) bekas wilayah Kerajaan Melayu Langkasuka pada awal 200 Masihi. Sekarang bekas tanah Kerajaan Melayu ini dibawah kuasa Kerajaan Thailand (Siam).

Saya dan seorang rakan mengambil masa sebulan untuk merancang dan secara kebetulan beliau juga baru membeli sebuah motosikal automatik (Skuter) yang hampir sama kuasanya (153cc dan 157cc). Dengan dua buah jentera tersebut (Yamaha NMax dan Honda PCX) kami tekad untuk membuat satu perjalanan merentas utara semenanjung.


Perjalanan bermula di RnR Rawang pada jam 10.30 pagi kemudian berhenti seketika di Perhentian Tanjung Malim seterusnya berhenti untuk mengisi penuh minyak di RnR Tapah. Kemudian meneruskan perjalanan dan singgah makan tengahari di RTC Simpang Pulai. Kemudian kami singgah di RnR Sungai Perak untuk berehat dan solat. Setelah bergerak selama hampir 3 jam kami mengisi menambah minyak lagi di RnR Semanggol. Pada jam 5.30 petang kami sampai di RnR Gurun dan singgah di Stesyen Caltex bagi urusan Insuran dan 'White Card' Thailand dengan kos RM21 (caj mengikut CC). Seterusnya kami meneruskan perjalanan dan singgah di Stesyen Petronas Changlun untuk memenuhkan tangki minyak sebelum check-in di Hotel Metro Inn, Arau Perlis pada jam 7.00 petang. Selesai satu trip dengan kelajuan sekitar 70-90km/j menjadikan perjalanan ini agak santai tanpa membebankan dan mengambil masa 9 jam dengan masa berhenti lebih kurang 2-3jam(5 kali).

Pada awal pagi keesokan harinya lebih kurang jam 7.30 pagi kami menuju ke sempadan Wang Kelian melalui Kangar dengan masa perjalanan lebih kurang 40 minit. Berehat seketika di pintu masuk Imigresen Thailand dan bersembang dengan orang tempatan yang bekerja di sebelah sempadan kemudian membuat urusan pendaftaran dan urusan Kastam Thailand. Selesai segala urusan yang mengambil kira 30 minit kami bersarapan di warung berdekatan kerana menunggu kedai runcit yang menawarkan perkhidmatan menukar wang dan membeli kad sim internet untuk telefon.

Kami meneruskan perjalanan pada jam 10 pagi bergerak ke Krabi melalui Wang Prachan ke pekan Tha Phae dalam daerah Satun. Perjalanan pada pagi itu amat lancar dengan keadaan trafik dan lalu lintas yang agak lengang. Cuaca yang mendung dan tiada terik panas matahari menjadikan perjalanan santai ini agak nyaman dan menenangkan. Kami meneruskan pejalanan dengan hanya berpandukan papan tanda arah ke Trang iaitu bandar besar yang merupakan pertemuan jalan utama dari pantai barat dan pantai timur wilayah-wilayah selatan Negara Thailand. Panorama semasa perjalanan ini di kiri dan kanan adalah sawah padi, kebun kelapa sawit dan kebun getah. Menghampiri Daerah Trang dengan kawasan bukit batu kapur dengan formasi menarik di kiri dan kanan namun jalan raya masih rata dan tidak mendaki. Kami melalui kawasan pertanian yang luas dengan kepadatan penduduk dengan deretan kedai dan pekan-pekan kecil sepanjang jalan membuatkan perjalanan tidak terlalu 'stress' apatah lagi dengan panorama  baru melalui jalan persisiran pantai barat negara ini.


Dengan melalui jalan raya 404 ini, tiada kawasan yang tiada penduduk, stesyen minyak yang banyak sepanjang jalan dengan keadaan jalan yang baik dan besar jika meghampiri kawasan pekan. Had laju bagi kenderaan yang tertera 90km/j untuk motorsikal, 80km/j untuk kereta dan trak kecil dan 70km/j untuk lori iaitu semakin besar sesebuah kenderaan maka makin kuranglah had laju yang dibenarkan. Apabila telah menghampiri kawasan perbandaran Trang kami mula menemui Lapangan Terbang, jalan yang besar serta kompleks kerajaan yang besar seperti sekolah dan hospital yang berda di kiri dan kanan jalan. Setelah sampai di persimpangan yang agak besar, kami tidak masuk ke pusat bandar Trang tetapi terus membelok ke kiri melalui jalan 419 ke Krabi.Kemudian kami mengambil pula 4046 dengan jam menunjukkan telah melewati 12 tengah hari dan perut telah memberi isyarat kelaparan untuk berehat dan makan tengaha hari. Kami berhenti mengisi penuh minyak buat kali  pertama di Thailand dengan harga minyak sekitar 24.50 Bath / liter dengan kadar 112 Bath untuk setangki penuh. Cuaca yang mendung seakan tanda mahu hujan mebuatkan kami terus singgah di BoB Cafe di stesyen miyak tersebut dan memesan makanan tengaha hari Nasi Goreng Seafood. Kami telah meghabiskan masa perjalanan hampir 2 1/2 jam dan berehat hampir sejam dengan hujan turun dengan lebat dan tidak sempat menunggu hujan berhenti kami pun menyarung baju hujan pertama kali di sini untuk meneruskan perjalanan ke Krabi.
Perjalanan dengan hujan yang agak lebat membuatkan kelajuan menunggang diperlahankan kerana tidak mahu mengambil risiko kemalangan yang akan menganggu perjalanan kami. Dengan perjalanan hampir sejam kami telah menghampiri Daerah Krabi dengan menukar laluan ke lebuhraya Phet Kasem no 4. Hujan masih belum berhenti dan masih turun dengan renyai-renyai menyebabkan kami terpaksa berhenti di pondok menunggu bas. Menghampiri ke Pusat Bandar Krabi dengan memasuki sebuah bandar yang agak besar iaitu Nuea Khlong dan selepas itu Lapangan Terbang Antarabangsa Krabi membuatkan kami semakin tidak sabar untuk sampai ke destinasi dengan hujan masih lagi turun dengan renyai sambil melihat pesawat Air Asia mendarat dan berhenti seketika mengabil gambar di papan tanda jalan 'Welcome to Krabi'. Akhirnya kami sampai di Bandar Krabi untuk berhenti seketika membuka baju hujan dan kebetulan pada masa itu azan asar berkumandang.



Dengan bantuan Waze, kami mencari bilik penginapan yang telah ditempah menggunakan Agoda dengan harga RM79 satu malam. Perjalanan yang mengambil masa hampir 7 jam dengan santai 5-6 kali berhenti tidak berasa penat. setelah berehat selama hampir satu jam di bilik kami pun bergegas keluar untuk bersiar-siar di bandar ini menuju ke river side dan jeti pelancongan untuk ke Phuket. Pada lewat petang dengan matahari hampir terbenam kami bergegas ke Ao Nang untuk menikmati suasana pantai dan kawasan 'happening' dengan bazaar waktu malam dan suasana padat dengan pelancong asing berbanding di bandar Krabi yang hanya dipenuhi orang tempatan.