Saturday, March 17, 2007

Semoga kalian dirahmati tuhan...

Segala puji hanya untuk tuhan yang menciptakan ku dan alam semesta ini. Dengan rohnya yang suci aku hidup di bumi dengan memegang janji sebagai hamba dan khalifahnya.
Dilahirkan pada jam 9.30 pagi, hari Rabu tanggal 18 November 1981 bersamaan dengan 20 Muharram 1402. Membesar di salah sebuah projek tanah rancangan penempatan tersusun terbesar di dunia atau lebih dikenali sebagai 'FELDA'. Sungguh bertuah menjadi 'Anak Felda' kerana terdedah dengan keadaan sosial masyarakat yang datang dari pelbagai negeri, lokasi serta keturunan yang pelbagai (Kedah, Perlis, Perak, Pahang, Melaka, Kelantan, Banjar, Jawa, Bugis) yang semuanya melayu digelar bumiputra. Aku sendiri dari keluarga yang berasal dari Kedah, dikelilingi jiran-jiran yang majoritinya orang-orang kedah selain di 'bukit' ini terdapat juga keluarga dari Perak, Pahang, Perlis, Melaka dan Selangor (banjar dan jawa).