Monday, November 12, 2007

Hari minggu di Tokyo

Hmm..hampir seminggu aku jalani kehidupan di negara matahari terbit ini. Syukur kerna tidak ada sesuatu yang diingini. Rasanya telah menyerap semua suasana disini dan berasa selesa, jika diizinkan untuk tinggal dengtan lebih lama memang tidak menjadi masalah. Selesa dengan persekitaran, iklim dan juga gelagat rakyatnya.
Sabtu, 10 November. Sebenarnya banyak betul perancangan yang bermain dikepala untuk melawat sana-sini. Malangnya pepagi lagi dah hujan walaupun tidak lebat namun mampu merasa dingin hawanya sampai ke tulang. Impian ke gunung Fuji hanya tinggal impian. Aku dengan kawan2 ASEAN (philipines&Indonesian) terus ke Akibahara, di sini terdapat bayak gedung yang menjual barangan elektronik dan komputer serta barabgan2 dutyfree dan sovernir untuk dibawa pulang.
Sehari suntuk berjalan di Akihabara dengan hujan renyai2 tapi tidak kami peduli. Meninjau susana disini sememangya penuh dengan manusia berpayung bermacam warna tak kira bangsa. Kami terus ke komplek Yodabashi yang mempunyai 7 tingkat membelilah dengan kebanyakan barangan elektronik dan model2 kartun atau semua permainan. Kebanyakan barangannya agak mahal mungkin bagi mereka murah tetapi tidak bagi kita (100Yen=RM2.9) yang mana harga minuman di Vending Machine semurah 120Yen dan agak mal sedikit jika dibandingkan dengan dolar Singapura dan murah sedikit dari dolar US.
Kebanyakan barangannya dibuat diluar jepun terutamanya di China tetapi semua produk yang dijual adalah terkini dan bermacam2 jenis. Melihat hanya Sony Playstation 3(+-40,000Y) dan Sony PSP(+-30,000Y) yang agak murah jika dibandingkan dengan di tanah airku. Setelah itu kami terus mencari kedai2 Duty Free yang sememangnya banyak dan penat juga keluar masuk untuk buat perbandingan harga (pengguna bijaklah kononnya) dan semenagnya harga disetiap kedai adalah berbeza. Membeli sedikit ole2 untuk dibawa pulang serta 4 unit travel cooker yang dipesan oleh teman sekerja (agak berat juga). Kawanku dari Filipina membeli PSP dan agak senang juga mereka kerna pembantu kedai itu senegara dengan mereka. Hampir jam 6 kami terus pulang selepas seharian berada disana.
Pada sebelah malamnya aku ke Roponggi, kawasan hiburan di Tokyo seperti di Bukit Bintang atau Jalan P. Ramlee di Kuala Lumpur. Agak meriah disini dengan puluhan bar dan kelab tarian bogel tapi agak mhal kosnya untuk covercharge. Aku hanya lepak di Starbucks membeli sedikit ole2 dan terus ke Hard Rock Cafe Shop dan beli beberapa ole2. Disini terlalu ramai niger yang bekerja sebagai Bouncer di setiap kaki lima bar. Agak sejuk kerna hujan dari pagi membuatkan ku lantas pulang ke kediaman.

Monday, November 5, 2007

Welcome to APIC & JPO

Jam 8.30 pagi (5 November) kami perlu berkumpul di Lobi TKC untuk di bawa ke pejabat APIC (Asia Pacific Industrial Property Centre). Baru dapat tahu ada 19 orang peserta kesemuanya dari berbagai negara Asia Pacific (Pakistan,India,Sri Lanka,Bhutan,Nepal,Vietnam,Thailang,Indonesia,Laos,Filipina,Papua New Gunea dan China).Dari TKC kami perlu ke Stesyen Kita-Senju yang jauhnya dari Dayabumi ke SOGO barangkali, jauh jugak dan melalui kawasan perumahan dengan jalan yang sempit tetapi boleh melihat suasana kediaman orang disini.
Semuanya jalan laju macam cerita Charlie Chaplin, ramainya manusia berkejar-kejar ke tempat kerja. Semua tiket dibeli melalui mesin, beli 10 dapat satu percuma. Harga tiket 230yen (RM6) sehala yang jauhnya selang 9 stesyen, selepas sampai di Stesyen Kasumigaseki terus keluar naik ke atas permukaan bumi dan berjalan juga sejauh dari Masjid Jamek ke Dayabumi untuk ke Bangunan APIC. Di sini barulah dapat melihat suasana Metropolitan Tokyo dengan bangunan tinggi secanggih di persekitaran KLCC berbanding di sekitar TKC yang agak lama dan di celah kawasan perumahan. Nasib baik cuaca seperti berada di dalam Air Cond walaupun cahaya matahari terang benderang. Bilik latihan di tingkat 4 dengan proses orientasi bermula dengan melawat sekitar bangunan. Keadaan dalamnya agak berbeza dengan di pejabat IP KL kerana tiada partition yang memisahkan pekerja dengan bos, mungkin sebab inilah produktiviti mereka Walla.
Makan tengahari di bangunan JPO(Japan Patent Office) dengan diskaun 20%, aku pilih mi ramen semangkuk dengan harga 250yen (RM7) selepas diskaun. Kafetarianya akan mempamerkan jenis makanan (jika ada babi, akan diletakkan ikon babi) dengan nombor siri dan harganya sekali. Lepastu pergi ke kaunter untuk buat bayaran dan diberi tiket sama saiz dengan tiket train dan dapatkan makanan di dapur yang betul. Lepas makan hantar ke mesin pengangkut pinggan. Esoknya baik aku makan megi lagi mudah,murah dan jimat sekali.hehe.

Welcome to Japan...

Tanggal 4 November 2007, jam 9 malam akhirnya aku sampai juga di negeri matahari terbit. Kata-kata "Ohaiyo Gozaimasu (Selamat pagi),"Konichiwa(selamat petang)", "Sumimasen(Maafkan saya)" dan "Arigato(terimakasih)" terngiang-ngiang dan boleh dijadikan perbualan.
Pandangan pertamaku pada negara ini ialah sememangnya maju (Barangkali 10 tahun kedepan), bersih (Kemas dan teratur) juga mempunyai penduduk yang ramai dan semuanya berlalu dengan pantas. Sampai di Lapangan Terbang Narita, sememangnya besar dan begitu sibuk dengan pesawat mungkin sekali ganda KLIA. Aku perlu mencari pengangkutan utama mereka iaitu Keretapi Letrik (Train) untuk ke tempat penginapanku di Tokyo Kenshu Center (TKC).
Pening juga melihat laluan TRAIN yang begitu banyak berbanding KL yang hanya ada LRT Putra, Star, Monorail dan Komuter. Hampir 20 laluan bawah tanah dan hampir 10 laluan diatas (seperti LRT Star) dengan kod warna yang berbeza dan nama juga berbeza mengikut nama tempat. Aku menaiki laluan Keisei Limited Express untuk ke stesyen Outo dan perlu mengabil Local Train untuk ke Sekiya (Keisei Line to Ueno).
Ceh, sesat jugak aku bila sampai di Outo terus naik Train Laluan Mita. Hampeh, sampai di Mita aku pusing balik dan terus ke Outo. Nasib baik di KL juga ada Train, tidaklah 'Jakun' sangat. Cuma tiketnya kecil macam tiket bas, jauhnya hampir sejam untuk sampai ke Tokyo lebih kurang sama dengan KLIA.Sampai di Outo terpaksa tanya petugas mana satu laluan ke Sekiya kerana disitu ada tiga tingkat untuk laluan berbeza. Nasib baik ada Nota Bahasa Jepun, senang sikit. Suasana dalam train agak sunyi kerana sudah lewat lebih kurang jam 10 malam. Di sini pukul 5 petang sudah gelap, biasala awal sejam dari sabah, hehehe. Cuaca agak dingin juga tetapi aku masih boleh tahan cuma sejuknya melekat dikulit seperti dalam peti ais. Untuk elak demam atau selsema, kena pakai jugak baju sejuk. Sampai di Sekiya, aku tengok peta dan untuk reconfirm(takut sesat lagi) aku tanya dengan polis berbasikal(alah macam cerita sin chan). Kebanyakan permukaan buminya rata dan berturap(ber tar) jadi agak bersih dan senang berjalan yang jauhnya lebih kurang Masjid Jamek ke Dayabumi.
Sampai di TKC aku disambut dengan 2 orang pekerja kaunter dan diberi borang check in bersaiz punchcard dan kebanyakannya dalam bahasa jepun(jadi kenalah tanya,hehehe). Lepas tu dia suruh duduk dan tengok video tentang kemudahan dan keselamatan didalam bangunan jika ada gempa bumi (kalau ada gempa, bestnyer,hehe). Dalam bilik kat TKC ni memang selesa (walaupun kecil tapi memang selesa).Air paipnya boleh diminum terus, ada bilik internet dan yang penting ada dobi, semuanya dikira dalam 6000 yen(hampir RM180) satu malam.Cuaca yang agak sejuk memang membuatkan perut mengeluarkan satu tindak balas yang berbunyi seperti lagu dangdut, apa lagi, megi yang dibawa dari KL terus dibuka.