Saturday, November 10, 2018

KEWUJUDAN MANUSIA SELARI DENGAN TARIKH KELAHIRAN PARA NABI-NABI




Sejak sekian lama manusia telah hidup di bumi dengan sejarah yang datang dari pelbagai tamadun bermula dengan kewujudan manusia pertama seperti yang tertulis di dalam Al-Quran iaitu Nabi Adam a.s dan pasangannya Siti Hawa.

Bagaimana kita ingin tahu secara kiraan masa berapa lamakah manusia telah hidup sehingga tahun sekarang yang menggunakan kaedah Kalendar Gregorian berusia 2018 masihi? Semua kita tahu bahawa kiraan kalendar yang digelar tahun masihi adalah bersandarkan kepada kepercayaan mereka bahawa tarikh ini diambil sempena dengan tahun kelahiran Nabi Isa a.s.

Oleh itu bagaimana pula dengan tahun sebelum masihi? jika kita dapat mengenalpasti permulaan tahun ini maka kita boleh campur dengan tahun masihi untuk mendapatkan jumlah tahun manusia telah hidup. Namun begitu adakah manusia telah hidup tanpa ada catatan masa atau sebarang kalendar pada permulaannya Nabi Adam a.s mula diturunkan ke bumi?

Sebagai salah satu kaedah untuk mendapatkan usia manusia pertama (Nabi Adam a.s) serta keturunannya ialah dengan menghitung umurnya. Baginda telah diberikan umur oleh Allah swt selama 930 tahun dengan seorang isteri yang telah diciptakan oleh Allah swt ketika dia berusia 130 tahun semasa sedang tidur dengan tulang rusuk kirinya dijadikan bahan asas penciptaan itu. Dengan mengambil kira peristiwa mereka berdua telah diperdaya oleh Iblis (Azazil) dan keluar dari syurga selepas 130++ tahun berada di sana. 

Telah diriwayatkan dalam kitab-kitab lama bahawa Nabi Adam a.s telah wafat sekitar 127 tahun sebelum kelahiran Nabi Nuh a.s dimana pada ketika itu sudah berlalu 9 generasi manusia dan dipercayai ayah kepada Nabi Nuh a.s  iaitu Lamekh pernah hidup sebelum kewafatan baginda. Pada ketika ini manusia telah hidup sekitar tahun 5872-4942 sebelum Masihi(SM) dan ada juga mempercayainya sekitar tahun 3760-2836 SM

Nabi kedua pula ialah Idris bin Yarid bin Mihla'iel bin Qinan bin Anusy bin Syith bin Adam a.s. yang merupakan generasi keenam manusia dan merupakan satu-satunya nabi yang berjumpa dan hidup sebelum kewafatan nabi Adam a.s. Baginda telah dianugerahkan umurnya sehingga 865 tahun. Nabi ketiga pula iaitu Nuh a.s yang terkenal dengan peristiwa banjir besar sehingga seluruh daratan ditenggelami air. Baginda wafat ketika berusia 950 tahun. Maka untuk formula perkiraan pertama ialah 800 tahun Nabi Adam a.s hidup di bumi dan setelah 127 tahun lahirnya Nabi Nuh a.s dengan umurnya itu (800+127+950=1877 tahun). Selepas itu muncul nabi keempat iaitu Nabi Hud a.s dilahirkan sekitar 2450-2320SM berusia 130 tahun atau berusia sehingga 464 tahun. Baginda diangkat menjadi rasul pada tahun 2400SM.

Nabi kelima ialah Nabi Shaleh pada tahun 2150-2080SM dengan usia 70 tahun, seterusnya Nabi keenam dan ketujuh ialah Nabi Ibrahim dan Nabi Luth (anak kepada bapa saudara Nabi Ibrahim a.s bernama Haran). Nabi Ibrahim dilahirkan pada tahun 2166SM dan hidup sehingga usianya 200 tahun atau pada usia 175 tahun pada 1991SM. Baginda juga dikatakan telah lahir setelah 1273 tahun selepas peristiwa banjir besar di zaman Nabi Nuh a.s. Anak baginda dengan isterinya Hajar, Nabi Ismail a.s ialah nabi kelapan dilahirkan pada tahun 2080SM dan berusia 137tahun. Setelah itu anak baginda dengan isterinya Sarah, Nabi Ishaq a.s dilahirkan pada tahun 2066SM yang merupakan nabi kesembilan dan berusia sehingga 180 tahun. Nabi kesepuluh ialah Nabi Yaakub a.s pada tahun 2006SM juga berusia 137 tahun merupakan putera kepada Nabi Ishaq a.s (Israel) dengan ramai keturunannya menjadi Nabi-nabi dikalangan Bani Israel.

Setelah itu Nabi Yusuf a.s telah lahir pada tahun 1915SM sebagai nabi kesebelas dengan usia 110 tahun dan pada ketika ini Mesir telah dijajah oleh orang-orang Hyksos. Maka tempoh masa dari nabi keempat sehingga kesebelas ialah boleh dikira (2400-1915SM+110(umur Nabi Yusuf a.s) bersamaan 595 tahun dan jika ditambah 1877 tahun (dari zaman Nabi Adam a.s) ialah bersamaan 3067 tahun. Nabi Yusuf a.s meninggal dunia pada tahun 1805SM. Pada zaman ini lahirnya ramai para nabi yang terdiri daripada keturunan-keturunan Nabi Ibrahim a.s iaitu Nabi Syuaib a.s dan Nabi Ayyub a.s sebagai nabi yang kedua belas dan ketiga belas. Nabi yang keempat belas dan kelima belas iaitu Nabi Dzulkifli a.s dan Nabi Yunus a.s tidah pernah dicatatkan umur dan tahun kelahiran mereka.

Pada tahun 1436SM Nabi Musa a.s dilahirkan dan tinggal bersama Nabi Ayyub a.s selama 10 tahun dan meninggal pada tahun 1281SM ketika berusia 155 tahun yang merupakan nabi keenam belas. Nabi Harun a.s pula adalah pembantu baginda (abangnya) yang lahir pada 1531SM dan hidup sehingga 1408SM pada usia 123 tahun merupakan nabi yang ketujuh belas iaitu dalam 25 nabi atau rasul yang wajib diketahui oleh umat islam. Selepas itu pada tahun berikutnya Bani Israel dipimpin oleh nabi-nabi bermula dengan Nabi Yusha' a.s pada tahun 1280SM dan pada tahun 1180 Nabi Ezekiel a.s pula menjadi nabi kemudian diikuti oleh Nabi Samuel a.s yang dilahirkan pada tahun 1105SM seterusnya Nabi Samson a.s pada tahun 1075SM. Pada tahun 1010SM Nabi Daud a.s iaitu Nabi ke 20 dilantik menjadi raja kemudian diikuti anaknya Nabi Sulaiman a.s iaitu nabi ke 21 pada tahun 970SM.

Nabi kelapan belas dan kesembilan belas tidak banyak diketahui umum walaupun ada disebutkan didalam Al-Quran iaitu Nabi Ilyas a.s serta Nabi Ilyasa'. Kematian Nabi Sulaiman a.s pada tahun 930SM kerajaan Israel berpecah kepada dua Efraim (utara) dan Judea (selatan) dan terjadinya peperangan dan bermulanya kisah penghambaan Bani Israel ke serata dunia. Pada tahun 875SM Nabi Elijah a.s menjadi nabi dan seterusnya pada tahun 848SM Nabi Elisha serta Nabi Joel pada tahun 800SM. Pada tahun 793SM muncul seorang nabi bernama Nabi Jonah a.s dan pada zaman ini diberitakan tentang serangan kaum yakjuj dan Makjuj untuk kali pertama menyerang tamadun sekelilingnya termasuk wilayah China dan mereka menggelarkannya bangsa Xiongnu atau Hsiungnu. 

Pada tahun 760SM seorang pengembala kambing telah menjadi nabi digelar Nabi Amos a.s dan seterusnya Nabi Hosea a.s. Pada tahun 742SM kemudian Nabi Isaiah menjadi nabi dan hidup di zaman Hezekiah menjadi raja Judea. Pada tahun 650SM Nabi Jeremia a.s dilahirkan kemudian Nabi Habakkah a.s menjadi nabi pada tahun 630SM. Tiga tahun selepas itu Nabi Zephaniah dan Nabi Nahum a.s yang memberitakan tentang kehancuran Niveneh ibukota Kerajaan Assyiria. Pada tahun 604SM Nabi Ezra dilahirkan dan pada tahun 586SM muncul ramai nabi-nabi palsu dan pada tahun berikutnya Kota Daud telah dihancurkan oleh Nebukadnezar II dan ia adalah kehancuran pertama Israel seperti yang diceritakan Allah dalam Al-Quran pada Surah Al-Israk. Pada tahun 563SM Budhha Gautama dilahirkan dan kehidupan kerohaniannya juga seperti seorang nabi. Pada tahun 551SM seorang bijak pandai dari Negeri China dilahirkan bernama Confucious. Pada tahun 546SM pula muncul Cyrus the Great yang membebaskan orang-orang Israel dan kembali ke Jerusalem. Pada tahun 520SM pula di Judea lahir seorang nabi bernama Nabi Haggai a.s dan selepas itu pada tahun 469SM Socrates dilahirkan dan pada tahun 464SM Nabi Ezra (Uzair) a.s dihidupkan semula oleh Allah swt dan dilantik menjadi Imam Yahudi di Babylon sehingga digelarkan anak Allah swt dan merupakan orang Israel pertama menghafal Torah (5 bab pertama dari perjanjian lama atau Bab 1 Injil Yahudi). Pada tahun 433SM Nabi Malachi muncul dan pada tahun 336SM Alexander The Great menjadi Raja Macedonia pada usia 20 tahun mejadi penakhluk agung tetapi telah meninggal pada tahun 323SM dan beberapa wilayah kekuasaannya dibahagikan oleh panglima-panglimanya seperti Ptolemy menjadi Raja Mesir. Pada tahun 100SM Julius Caesar dilahirkan kemudian menjadi Kaisar Rom pertama.

Pada tahun 51SM, Cleopatra menjadi penguasa Mesir dan Diktator Rom Julius Ceaser dibunuh pada tahun 46SM kemudian pada tahun 37SM Raja Herod memerinta Judea dan pada tahun 30SM Cleopatra dan Mark Anthony iaitu kekasihnya membunuh diri. Pada tahun 25SM atau sekitarnya Ibu kepada Nabi Isa a.s lahir iaitu Mariam a.s dan pada tahun 1M atau tarikh yang berhampiran dipercayai sebahagian ahli sejarah (ke lima atau keenam SM) Nabi Isa a.s dilahirkan dan pada tahun ke 4SM Raja Herod meninggal dunia.  Nabi ke 22 dan ke 23 iaitu Nabi Zakaria a.s tidak banyak diceritakan tentang masa dan zaman mereka berada dan Nabi Yahya a.s lahir pada masa yang sama dengan nabi ke 24 iaitu Nabi Isa a.s. Maka dipenghujungnya bolehlah kita membuat kesimpulan pada tahun ini 2018 Masihi berapa lamakah manusia telah hidup dimuka bumi.

Perkiraan diatas iaitu pada jumlah 3087 tahun sebelum kematian Nabi Yusuf a.s pada tahun 1805SM. Boleh diandaikan bahawa tahun tersebut telah tidak dipinda dan terus tercatat dari tahun ke tahun iaitu 2018M+1805SM+3087 tahun kenabian (sehingga Nabi Yusuf a.s) bersamaan dengan 6910 tahun. Jika ingin perkiraan mudah ialah dengan mengira tarikh Nabi Adam a.s turun ke bumi iaitu pada 5872SM (tahun masihi dikira secara menambah iaitu pengunduran sejarah bermula 1SM sehingga bertambah ke permulaannya) ditambah dengan tahun semasa iaitu 2018 bersamaan dengan 7890 tahun. Itulah jumlah tahun yang diandaikan tetapi walaubagaimanapun hanya ALlah swt jua yang mengetahui jawapan yang tepat. Allahua'lambissawab.