Tuesday, November 23, 2010

Kesyukuran dengan pegorbanan dan pengabdian

Segala puji bagi Allah swt yang sentiasa merahmati,mengasihi dan mengampuni hambanya terutama bagi mereka yang berusaha mencari keredhaannya. Tiada yang lebih baik bagi setiap manusia dalam menghargai nikmat kehidupan yang telah memberikan segalanya. Setiap manusia akan tercari-cari satu kuasa yang mentadbir alam ini bukan secara semulajadi bagi golongan yang tidak mahu mempercayai kewujudan tuhan.

Dunia yang berjalan bagi tahun ini sudah di penghujungnya. Tiada apa yang berlaku tanpa semuanya telah tersurat di kitab agung di lauh mahfuz. Sekarang dunia telah kembali pulih dari kegawatan ekonomi yang menjadi permainan para sekutu syaitan yang sentisa merancang dan membuat kerosakan. Hanya percaturan tuhan yang akan sentiasa melawan makar mereka. Allah sudah mengetahui segala-segalanya hanya kita yang masih tidak menyedari atau menyelaminya kerana sentiasa bergantung kepada hari-hari yang terus mendatang.
Telah terbukti terutama bagi golongan yang masih tidak mengerti tentang perihal dunia sekarang ini. Dari abad ke abad memang ada kuasa yang mempengaruhi perjalanannya si setiap benua. Jika kita menyelidiki sejarah (bukan semua yang suka akan sejarah) pasti mendapati yang semuanya sentiasa berulang tahun demi tahun atau sepuluh tahun sekali kitarannya sentiasa bersama. Hanya watak protagonis dan antagonisnya yang berbeza tetapi kuasa kebaikan dan kejahatan semuanya sama. Ia adalah hakikat dunia dan kehidupan manusia yang hanya sejenis makhluk yang diberi akal, nafsu dan jasmani untuk menjadi khalifah didunia yang fana ini.

Setiap insan yang datang (lahir) dan pergi (meninggal) akan pasti terus mengerti atau mempelajari sebuah kehidupan sementara ini. Tetapi berapa ramai yang telah tertipu dengan kehidupan sehingga lupakan ingatan Penciptanya kita sebenarnya dijanjikan kehidupan abadi tanpa bilangan hari lagi atau menunggu bertambahnya usia dan setiap tahun berlalu pergi. Mereka perlukan pengorbanan dalam setiap hela nafas dan sesuap makan. Kesabaran sebenarnya satu daripadanya namun kita selalu dikecewakan dan menjadi kelemahan kepada mereka-mereka yang tertewas.

Wednesday, October 13, 2010

Perangai Yang Menyedihkan

Mereka ini amat dengki dan khianat walaupun dengan manusia yang memberi perlindungan dan makanan kepada mereka. Jika berjanji mereka akan terus mungkiri atas sebab keuntungan yang dinanti. Dalam Al-Quran disebut berulangkali tentang mereka yang sentiasa mengkhianati para nabi. Suka mempersendakan wahyu para nabi dan utusan Allah (Malaikat) yang dimuliakan.

Mereka tiada sifat kemanusiaan kerana mereka penuh dengan semangat kebinatangan kebangsaan yang bermegah dijalan syaitan. Ia membuatkan mereka memandang baik perbuatan mereka namun hakikatnya telah menempah 'istana' di neraka. Bantuan makanan yang bukan persenjataanpun mereka tidak benarkan sehingga mereka gembira jika ada penduduk Palestin mati kelaparan.

Mendengar kisah sukarelawan kapal Marvi Marmara amat memilukan dengan pelbagai sikap kebinatangan musuh tuhan. Mereka merampas segala hak rakyat dengan 1001 alasan bagi mencapai cita-cita mereka yang hanya akan menjadi tanah kuburan. Mereka telah mencemar kesucian tanah yang penuh barakah yang telah diwarta tuhan. Dengan nafsu yang melulu dan sangkaan melulu untuk mereka jadikan bekas kiblat umat Islam itu sebagai tempat memuja hantu yang mereka mendapat restu.

Mengenang kembali sejarah dan peristiwa para Anbiya' terdahulu sehingga junjungan besar Rasululullah SAW berdepan dengan bangsa kebinatangan ini kita kan lebih fahami apa yang berada di minda dan mentaliti mereka. Jika berkuasa mereka akan menindas manusia sekitarnya. Jika punyai harta mereka akan menjadi pengadu domba yang berjaya memporak-porandakan dunia dari setiap abad selama-lamanya. Merekalah yang bermain catur yang menjalankan apa saja gerakan yang akhirnya menghasilkan permusuhan, penindasan dan akhir kebinasaan. Mereka berjaya menjadi penonton namun mereka jugalah penulis skrip dan menjadi direktor.

Syukur kepada tuhan kerana kita telah di wariskan Al-Quran dan Sunnah kenabian yang cukup sebagai penunjuk jalan. Setiap yang berlaku setiap detik telah diizinkan terjadi dan telah dijadikan suratan yang abadi dalam kitab tertinggi. Allah azzawajalla telah berfirman dengan tersusun dalam kitab Al-Quran yang kebanyakkan umat menjadikannya sekadar hiasan bukan untuk panduan jika ada sebarang keraguan bila terdengar bisikan syaitan. 

Sunday, September 19, 2010

Jadual Planet Muncul di Langit (>2011)

Langit Kuala Lumpur mengikut perisian web skychart.skytonight.com
Januari  - Jupiter (Musytari)
Mac - Saturn (Zuhal)
Oktober  - Jupiter (Musytari)
Februari 2012 - Mars (Marikh)
Mac 2012 - Mars (Marikh,  Jupiter (Musytari), Venus (Zuhrah), Saturn (Zuhal)
November 2012 - Jupiter (Musytari)

Sunday, August 15, 2010

Oh...masyarakatku.

Masyarakat adalah komuniti disekeliling yang sedikit sebanyak mampu mempengaruhi corak dan budaya kehidupan atau dalam ilmu falsafah dikelaskan sebagai Sosiologi. Selagi kita punya kehidupan dengan bertemankan etika kekeluargaan, kejiranan seterusnya kenegaraan maka kita masih lagi dalam kelompok kemasyarakatan.

Dunia tanpa sempadan hari ini telah memberikan meluaskan maksud kemasyarakatan pabila kita menyertai komuniti siber yang tiada kesudahan. Mentaliti adalah satu asas tercetusnya pengaruh dan gejala sesuatu keadaan sesebuah kemasyarakatan. Dewasa ini kita sering dikejutkan dengan pelbagai anasir baru atau kejadian aneh yang berlaku diluar kebiasaan sosiologi kemasyarakatan. Tabiat itu wujud akibat kelemahan berfikir sebelum bertindak atau hanya mementingkan perasaan dengan menurut emosi secara melulu mengakibatkan sistem kehidupan itu menganggu keadaan dan jauh dari keterbiasaan.
Semua masyarakat di dunia sekarang ini mengejar kemajuan yang lebih kepada keduniaan akibat kejayaan hasil pengaruh ideologi yang agak kebaratan pendokong satu nilai sekularisme yang selalu menyalahi sesuatu perkara yang mengaitkan beberapa prinsip dengan nilai keagamaan. Namun itu adalah sesuatu yang umum jika diletakkan kepada masyarakat dunia. Bagi masyarakat Malaysia, nilai kehidupannya juga sering mengalami perubahan terutamanya sejak memperolehi kemerdekaan dari penjajahan dan kesannya bercampur dengan beberapa idealisme pemerintahan kerajaan. Secara umumnya, kita selalu dimomokkan dengan perbezaan keturunan atau lebih dikenali sebagai semangat perkauman. Ia sesuatu yang mudah bagi setiap penjajah meninggalkan suatu masalah yang akan memberikan kesan kepada pemikiran seterusnya corak pemerintahan sehingga mempengaruhi pemikiran dan sistem sosiologi kemasyarakatan.

Semua rakyat yang dilahirkankan, terus dipecahkan mengikut keturunan agar mereka punya impian atau perasaan cintakan kaumnya melebihi segala prinsip kemanusiaan. Pemecahan budaya dan mentaliti pemikiran menyebakan apa sahaja isu akan diputarkan mengikut bunga dan pohon perbezaan dari segi keturunan. Mengapa masyarakat kita masih berdiri dengan semangat perkauman yang ekstrim sehingga wujudnya tindakan yang melampaui? tidakkah kita lihat bahawa tanpa perkauman kita masih lagi boleh bersatu dibawah satu pemerintahan yang lebih berorientasikan satu kefahaman atau ideologi yang membawa kepada keadilan yang membawa kemakmuran? Sebenarnya masyarakat kita hanya menjadi mangsa permainan suatu golongan yang punya kepentingan dalam mendapat kuasa dan sedikit keuntungan yang diwarisi oleh sekelompok keturunan zaman berzaman.
Kita masih tidak sedar mentaliti marhain berjaya dicipta agar setiap kepala tidak punyai wawasan kearah keadilan tetapi sentiasa menjadi budak suruhan kepada sekelompok golongan yang sebenarnya hanya memerah keringat dan mengambil manfaat dan mereka adalah budak jahat yang sentiasa berselindung disebalik kuasa pilihan rakyat.

Tuesday, July 27, 2010

Siapa yang berkuasa di dunia?

Kuasa, semua orang gilakannya kerana dengan ia seseorang itu boleh melakukan apa yang diingininya. Dulu kuasa datang dari kekuatan fizikal seperti hukum rimba, siapa yang kuat maka dialah yang berkuasa. Sebelum tahun masihi, kuasa diperolehi dari kekuatan, pengaruh dan juga kebijaksanaan. Semua orang yang berkuasa tahu kuasa tidak boleh kekal dan sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja asalkan dapat mempertahankan kuasa.
Pada abad permulaan tahun masihi, manusia telah berjaya membentuk negara, tamadun dan empayar yang begitu berkuasa. Semua pemerintah pada masa itu bersungguh-sungguh mempertahankan kuasa mereka sehingga melakukan tindak-tanduk yang membinasa segala hakmilik manusia. Islam juga perlukan kuasa bagi menjaga satu bentuk sistem yang diajar oleh RasulNYA agar mudah dijaga. Kuasa sebenarnya tidak boleh dibeli tetapi mesti perlu dijaga dan diawasi kerana akan sentiasa ada yang ingin mengambilnya. Maka muncullah kuasa Islam yang berjaya menakluki satu pertiga dunia dengan berbagai-bagai dinasti dan kerajaan-kerajaan yang mengagungkannya sehingga terjatuhnya kuasa empayar ini pada awal abad ke 20 Kesultanan Utsmaniyah (1299–1923) oleh pemberontakan dalaman yang berjaya menjatuhkannya.

Pada pertengahan abad ke15, banyak kuasa-kuasa dunia telah muncul selepas kebangkitan eropah dari dibelenggu zaman kegelapan. Mereka bangun lantas menerkam sesiapa sahaja (kerajaan) bagi mempertahankan dan menambah kuasa yang boleh memonopoli perdagangan rempah pada masa itu. Banyak kerajaan-kerajaan baru wujud ketika ini dengan mendominasi pelayaran ke serata benua bagi memerah hasil bumi untuk menampung keperluan industri mereka. Ketika ini tiga kuasa besar dunia telah muncul iaitu Sepanyol, Belanda dan juga Perancis yang berjaya meluaskan pengaruh mereka.

Revolusi industri yang muncul pada akhir abad 17 telah digunakan sepenuhnya oleh beberapa buah negara untuk terus bangkit untuk menjadi kuasa besar dunia seperti Britain, German dan Perancis. Mereka telah berjaya memodenkan angkatan senjata mereka bagi terus membina empayar besar untuk menjajah tanah-tanah dan benua baru demi menaikkan nilai ekonomi mereka.Pelbagai ekspedisi dilakukan untuk menjadikan mereka kuasa koloni yang berpengaruh. Ketika ini juga pelbagai perang kecil berlaku kerana perselisihan akibat daripada merebut tanah-tanah jajahan dengan termeterainya pelbagai perjanjian.


Awal abad ke19 dan 20, berlakunya kelahiran pelbagai ideologi-ideologi pemerintahan setelah bermulanya asas demokrasi atau pemerintahan secara undian bagi mendapatkan kuasa. Berbagai versi dan ideologi dicipta dan direka (kebanyakan dari tokoh Yahudi) untuk mewujudkan negara dan istilah merdeka menjadi popular di serata dunia. Maka Sistem Monarki atau Feudalisma telah terhapus secara sistematik atau telah dicabut kuasa eksekutif pemerintahannya. Antara fahaman ideologi yang berjaya membina sebuah negara ialah Komunisme, Nasionalisme dan Sosiolisme. Sistem pemerintahan islam pada masa ini telah sampai ke penghujungnya.


Setelah wujudnya negara-negara bangsa dengan berbagai fahaman dan ideologi yang berbeza membuahkan bibit-bibit persengketaan yang ketara. Berlakunya perang dunia pertama dengan diikuti perang dunia yang kedua serta berpanjangannya perang dingin antara dua kuasa dunia. Dunia hari ini melihatkan kepada kita siapa yang berkuasa dan kita boleh melihat kuasa mereka diterjemahkan kepada veto yang diperolehi apabila berlakunya sebarang undian keputusan di PBB, yang berkuasa akan tersenyum sekali lagi.

Monday, May 17, 2010

Ekonomi Dunia - Pandanganku

Manusia sejagat secara amnya telah dikawal oleh satu kuasa atau sistem yang separa automatik di panggil ekonomi. Di dalam dunia hari ini kita secara tidak langsung telah dipengaruhi oleh beberapa sistem ekonomi yang mempunyai dominasi yang besar serta mempengaruhi perjalanan segala sistem ekonomi secara global.

Sistem pemodal (bank-bank) yang dikuasai oleh beberapa orang individu atau beberapa negara dengan memegang sejumlah kuasa melalui simpanan rezab wang dan ketulan emas bagi memastikan perniagaan-perniagaan yang disokong oleh mereka berfungsi sehingga dapat dinikmati sehingga kepada perkerja bawahannya. Namun begitu, setiap unit matawang yang dikeluarkannya menghasilkan laba yang besar mengikut saiz dana yang dikeluarkan.
Hampir semua peniaga diseluruh dunia berniaga dengan bermodalkan dana pinjaman dari beberapa institusi kewangan. Keuntungan yang diperolehi akan ditolak komisyen atau faedah pinjaman secara berterusan mengikut satu jangka waktu yang telah ditetapkan.Begitu juga bagi para pengguna yang berkeinginan memiliki harta-harta seperti kediaman dan kenderaan juga terpaksa mengorbankan beberpa peratus hasil pendapatan mereka bagi mendapatkan pembiayaan dari golongan pemodal yang berniaga matawang untuk mendapatkan matawang. Mereka akan sentiasa menggalakkan para pelanggan mereka berhutang dengan pelbagai cara pemasaran bagi meraih keuntungan dalam perniagaan pemiutang.

Contoh paling mudah untuk difahami ialah seperti kita mempunyai sekampit beras. Jika ada yang datang mahu meminjam secupak atau segantang sebenarnya kita tidak kehilangan beras itu. Ini kerana yang meminjam secupak akan memulangkan 1/3 cupak (sebagai contoh) atau yang meminjam segantang akan memulangkan 1/2 cupak. Lama kelamaan dalam jangka masa panjang kita akan memiliki berkampit-kampit beras hasil dari pemberian pinjaman itu. Hasil dari sistem ekonomi jenis ini akan menimbulkan beberapa perkara seperti  jenis,mutu atau kualiti beras tersebut. Bagaimana untuk memastikan beras yang dipulangkan itu sama kualiti atau lebih tinggi dan berapa beza mutunya dan kuantiti yang harus dipulangkan semula?

Jika kita tukarkan sekampit beras kepada satu unit matawang ianya akan memberi kesan yang lebih teruk kerana semua matawang tidak mempunyai nilai yang sama. Sebagai contoh, jika kita hendak membeli sekampit beras berharga US$10, kita memerlukan kira-kira RM35 bagi memperolehinya. Apa yang perlu difikirkan, adakan sama (usaha pendapatan) untuk kita dapatkan US$10 dengan RM35?katakan seorang tukang cuci di USA bergaji US$1000 dan jika di negara ini ia memerlukan anda berpendapatan RM3500 untuk menyamai nilai gaji seorang tukang cuci di US. Cuma kelebihan yang dianugerahkan tuhan kepada setiap penduduk negara hasil bumi yang menjadi tanaman dan makana ruji mereka berbeza-beza dipengaruhi dengan faktor cara hidup dan budaya yang bersesuaian.

Bagaimana pula dengan sebuah sistem ekonomi Monopoli?Ia sememangnya berkait rapat dengan teknologi yang perlu dibayar dengan harga yang tinggi dan tidak berasas semata-mata untuk keuntungan yang cepat dan banyak.Ada negara yang tidak mempunyai modal apa-apa namun mempunyai tempat untuk berniaga dan pelabuhan perdagangan, ada negara hanya mempunyai hasil galian yang tinggi dan ada juga yang mempunyai kedua-duanya. Mereka semuanya melakukan urusan perniagaan menggunakan matawang yang nilainya bergantung kepada eksplotasi dan manipulasi yang tinggi dan penarikan modal secara tiba-tiba mempengaruhi nilai yang mengikat matawang berkenaan.Mereka membuat untung hanya dengan mengalihkan beberapa unit kepada unit yang lain atau menggunakan sebarang situasi dan gimik sebagai ribut atau gelombang keuntungan mereka.

Sunday, January 24, 2010

Salam tahun baru 2010

Syukur ke hadrat ilahi kerana masih lagi diberi kesempatan untuk terus hidup di tahun yang baru menandakan usia telah ditambah lagi. Walaupun ulangtahun kelahiranku jatuh pada 18 November tahun masihi dan 21 Muharram tahun Hijriah (bersamaan 7 Januari pada tahun ini).

Tiga perkara telah ditetapkan untuk kita dalam kitab induk di Lauh Mahfuz semenjak kita dilahirkan ke dunia iaitu umur, rezeki dan juga ajal. Takdir yang lain juga telah ditentukan tetapi dengan cara yang penuh hikmah dengan sifat-sifat yang layak bagi ALLAH swt. Jika difikirkan tentang takdir, ia memang penuh hikmah dan termampu untuk dihadapi oleh kita.

Di tahun ini banyaklah harapan dan impian yang diharapkan oleh setiap orang agar lebih merasakan bahagia di dunia dan sepatutnya juga difikirkan untuk mendapat rahmat di akhirat nanti. Setiap manusia jika ditanya sentiasa inginkan yang terbaik bagi diri mereka dan dalam kisah kehidupan seharian. Walaubagaimanapun setiap kehidupan adalah asam garam dan pahit manis yang harus ditempuhi. Terpulang kepada kita sebenarnya untuk memilih dan merasainya yang pasti mempunyai akibatnya yang tersendiri. Bagi yang telah maklum bahawa dunia ini adalah pentas ujian yang dijadikan untuk setiap hambanya sebelum diadili pada suatu hari nanti untuk destinasi syurga atau neraka. Bila umur telah bertambah maka bertambahlah masa yang dikira amalan kita sehinggalah terhentinya degupan jantung bagi menamatkan nyawa.