Monday, December 31, 2018

TAHUN 2018 PERGI DENGAN PENUH WARNA-WARNI

Beberapa jam sahaja lagi tahun 2019 akan menjelma dan berakhirnya tahun 2018 yang penuh dengan peristiwa manis, pahit dan masin yang memberikan rasa kepada semua dengan pelbagai warna. 

Pada 365 harinya telah berlaku banyak peristiwa yang mendebarkan, sejarah dan bencana yang mengajar manusia kehidupan ini telah diaturkan oleh Sang Maha Pencipta dengan kudrat dan iradatNYA.

Manusia ini lemah dan segala usaha, rancangan juga recananya belum tentu terjadi mengikut kehendak atau yang tercapai dalam benak fikiran mereka dan belum tentu menjadi kerana yang menentukannya adalah takdir yang Maha Kuasa.

Pelbagai peristiwa yang terjadi berlaku dengan tiba-tiba seperti bencana yang datang menimpa tanpa disangka-sangka, begitu juga pertandingan diantara manusia mendapat keputusan disebaliknya.

Walaubagaimanapun manusia itu tetap lupa dan lemah untuk memahami Sang Maha Karya punya kehendak yang melangkaui kehendak perancangan mereka dan sering alpa akan keupayaan mereka yang cukup terbatas.

Pelbagai peristiwa manis dapat dirasa begitu juga peristiwa pahit yang datang menimpa menjadi pengalaman hidup sebagai manusia tidak kira mereka dari golongan miskin atau kaya, punya kuasa atau hanya bertaraf hamba.

Sorotan setiap perkara yang berlaku hari demi hari, bulan berganti bulan hanya menunjukkan manusia masih berada dalam lingkungan yang sama iaitu alpa, semakin tamak mengejar apa saja yang dicita dan tidak punya belas kasihan dalam menzalimi sesama manusia.

Bumi dirasakan semakin cepat berputar kerana tempoh 24 jam sehari itu semakin pendek masanya kerana dunia manusia kini telah terbahagi dua iaitu di alam nyata dan di alam maya. Teknologi yang telah dicipta banyak mempengaruhi kehidupan manusia sehinggakan mereka merasakan dunia ini sudah menjadi terlalu kecil bagi mereka tambahan pula segala keinginan hanya boleh diraih dihujung jari sahaja asalkan 'raja kertas' dimiliki mereka.

Kehidupan sosial manusia telah berubah dengan begitu pelik sekali sehinggakan kebanyakan komunikasi sesama sendiri telah tidak lagi melalui pertembungan fizikal sesama sendiri tetapi semuanya disebalik teks, foto atau video yang menjadi permainan jari-jemari.

Dunia maya telah membuatkan manusia keluar dari norma kehidupan biasa kerana dunia tanpa wayar ini manusia boleh melakukan hampir sahaja tanpa perlu bergerak atau berkomunikasi secara fizikal seperti dahulu kala.

Kehidupan menjadi semakin sempit dengan berlalunya masa namun menjadi luas menerobos ke alam maya yang membuatkan mereka semakin leka dan hanyut sehingga lupakan alam nyata yang mempunyai malam dan juga siang.

Apabila manusia semakin alpa dan lupa, tidak banyak masa di dunia nyata maka bermacam bencana akan datang menerpa kerana kelalaian manusia itu semakin ketara dan mereka terus hidup dalam dunia separa sedar kerana asyik dengan kebohongan dunia maya serta sampai suatu masa mereka akan bertanyakan tuhan itu siapa?

Inilah dunia moden manusia yang dipenuhi beribu warna yang semakin bercelaru dan melekakan manusia sehingga setiap warna yang hadir itu semakin tidak tahu dibeza kerana asasnya telah menjadi pecahan yang bersimpang-siur antara kehidupan nyata yang hanya beberapa jam dinikmati atau dunia maya yang semakin dinikmati tanpa disedari setiap tahun bertukar ganti.

Saturday, November 10, 2018

KEWUJUDAN MANUSIA SELARI DENGAN TARIKH KELAHIRAN PARA NABI-NABI




Sejak sekian lama manusia telah hidup di bumi dengan sejarah yang datang dari pelbagai tamadun bermula dengan kewujudan manusia pertama seperti yang tertulis di dalam Al-Quran iaitu Nabi Adam a.s dan pasangannya Siti Hawa.

Bagaimana kita ingin tahu secara kiraan masa berapa lamakah manusia telah hidup sehingga tahun sekarang yang menggunakan kaedah Kalendar Gregorian berusia 2018 masihi? Semua kita tahu bahawa kiraan kalendar yang digelar tahun masihi adalah bersandarkan kepada kepercayaan mereka bahawa tarikh ini diambil sempena dengan tahun kelahiran Nabi Isa a.s.

Oleh itu bagaimana pula dengan tahun sebelum masihi? jika kita dapat mengenalpasti permulaan tahun ini maka kita boleh campur dengan tahun masihi untuk mendapatkan jumlah tahun manusia telah hidup. Namun begitu adakah manusia telah hidup tanpa ada catatan masa atau sebarang kalendar pada permulaannya Nabi Adam a.s mula diturunkan ke bumi?

Sebagai salah satu kaedah untuk mendapatkan usia manusia pertama (Nabi Adam a.s) serta keturunannya ialah dengan menghitung umurnya. Baginda telah diberikan umur oleh Allah swt selama 930 tahun dengan seorang isteri yang telah diciptakan oleh Allah swt ketika dia berusia 130 tahun semasa sedang tidur dengan tulang rusuk kirinya dijadikan bahan asas penciptaan itu. Dengan mengambil kira peristiwa mereka berdua telah diperdaya oleh Iblis (Azazil) dan keluar dari syurga selepas 130++ tahun berada di sana. 

Telah diriwayatkan dalam kitab-kitab lama bahawa Nabi Adam a.s telah wafat sekitar 127 tahun sebelum kelahiran Nabi Nuh a.s dimana pada ketika itu sudah berlalu 9 generasi manusia dan dipercayai ayah kepada Nabi Nuh a.s  iaitu Lamekh pernah hidup sebelum kewafatan baginda. Pada ketika ini manusia telah hidup sekitar tahun 5872-4942 sebelum Masihi(SM) dan ada juga mempercayainya sekitar tahun 3760-2836 SM

Nabi kedua pula ialah Idris bin Yarid bin Mihla'iel bin Qinan bin Anusy bin Syith bin Adam a.s. yang merupakan generasi keenam manusia dan merupakan satu-satunya nabi yang berjumpa dan hidup sebelum kewafatan nabi Adam a.s. Baginda telah dianugerahkan umurnya sehingga 865 tahun. Nabi ketiga pula iaitu Nuh a.s yang terkenal dengan peristiwa banjir besar sehingga seluruh daratan ditenggelami air. Baginda wafat ketika berusia 950 tahun. Maka untuk formula perkiraan pertama ialah 800 tahun Nabi Adam a.s hidup di bumi dan setelah 127 tahun lahirnya Nabi Nuh a.s dengan umurnya itu (800+127+950=1877 tahun). Selepas itu muncul nabi keempat iaitu Nabi Hud a.s dilahirkan sekitar 2450-2320SM berusia 130 tahun atau berusia sehingga 464 tahun. Baginda diangkat menjadi rasul pada tahun 2400SM.

Nabi kelima ialah Nabi Shaleh pada tahun 2150-2080SM dengan usia 70 tahun, seterusnya Nabi keenam dan ketujuh ialah Nabi Ibrahim dan Nabi Luth (anak kepada bapa saudara Nabi Ibrahim a.s bernama Haran). Nabi Ibrahim dilahirkan pada tahun 2166SM dan hidup sehingga usianya 200 tahun atau pada usia 175 tahun pada 1991SM. Baginda juga dikatakan telah lahir setelah 1273 tahun selepas peristiwa banjir besar di zaman Nabi Nuh a.s. Anak baginda dengan isterinya Hajar, Nabi Ismail a.s ialah nabi kelapan dilahirkan pada tahun 2080SM dan berusia 137tahun. Setelah itu anak baginda dengan isterinya Sarah, Nabi Ishaq a.s dilahirkan pada tahun 2066SM yang merupakan nabi kesembilan dan berusia sehingga 180 tahun. Nabi kesepuluh ialah Nabi Yaakub a.s pada tahun 2006SM juga berusia 137 tahun merupakan putera kepada Nabi Ishaq a.s (Israel) dengan ramai keturunannya menjadi Nabi-nabi dikalangan Bani Israel.

Setelah itu Nabi Yusuf a.s telah lahir pada tahun 1915SM sebagai nabi kesebelas dengan usia 110 tahun dan pada ketika ini Mesir telah dijajah oleh orang-orang Hyksos. Maka tempoh masa dari nabi keempat sehingga kesebelas ialah boleh dikira (2400-1915SM+110(umur Nabi Yusuf a.s) bersamaan 595 tahun dan jika ditambah 1877 tahun (dari zaman Nabi Adam a.s) ialah bersamaan 3067 tahun. Nabi Yusuf a.s meninggal dunia pada tahun 1805SM. Pada zaman ini lahirnya ramai para nabi yang terdiri daripada keturunan-keturunan Nabi Ibrahim a.s iaitu Nabi Syuaib a.s dan Nabi Ayyub a.s sebagai nabi yang kedua belas dan ketiga belas. Nabi yang keempat belas dan kelima belas iaitu Nabi Dzulkifli a.s dan Nabi Yunus a.s tidah pernah dicatatkan umur dan tahun kelahiran mereka.

Pada tahun 1436SM Nabi Musa a.s dilahirkan dan tinggal bersama Nabi Ayyub a.s selama 10 tahun dan meninggal pada tahun 1281SM ketika berusia 155 tahun yang merupakan nabi keenam belas. Nabi Harun a.s pula adalah pembantu baginda (abangnya) yang lahir pada 1531SM dan hidup sehingga 1408SM pada usia 123 tahun merupakan nabi yang ketujuh belas iaitu dalam 25 nabi atau rasul yang wajib diketahui oleh umat islam. Selepas itu pada tahun berikutnya Bani Israel dipimpin oleh nabi-nabi bermula dengan Nabi Yusha' a.s pada tahun 1280SM dan pada tahun 1180 Nabi Ezekiel a.s pula menjadi nabi kemudian diikuti oleh Nabi Samuel a.s yang dilahirkan pada tahun 1105SM seterusnya Nabi Samson a.s pada tahun 1075SM. Pada tahun 1010SM Nabi Daud a.s iaitu Nabi ke 20 dilantik menjadi raja kemudian diikuti anaknya Nabi Sulaiman a.s iaitu nabi ke 21 pada tahun 970SM.

Nabi kelapan belas dan kesembilan belas tidak banyak diketahui umum walaupun ada disebutkan didalam Al-Quran iaitu Nabi Ilyas a.s serta Nabi Ilyasa'. Kematian Nabi Sulaiman a.s pada tahun 930SM kerajaan Israel berpecah kepada dua Efraim (utara) dan Judea (selatan) dan terjadinya peperangan dan bermulanya kisah penghambaan Bani Israel ke serata dunia. Pada tahun 875SM Nabi Elijah a.s menjadi nabi dan seterusnya pada tahun 848SM Nabi Elisha serta Nabi Joel pada tahun 800SM. Pada tahun 793SM muncul seorang nabi bernama Nabi Jonah a.s dan pada zaman ini diberitakan tentang serangan kaum yakjuj dan Makjuj untuk kali pertama menyerang tamadun sekelilingnya termasuk wilayah China dan mereka menggelarkannya bangsa Xiongnu atau Hsiungnu. 

Pada tahun 760SM seorang pengembala kambing telah menjadi nabi digelar Nabi Amos a.s dan seterusnya Nabi Hosea a.s. Pada tahun 742SM kemudian Nabi Isaiah menjadi nabi dan hidup di zaman Hezekiah menjadi raja Judea. Pada tahun 650SM Nabi Jeremia a.s dilahirkan kemudian Nabi Habakkah a.s menjadi nabi pada tahun 630SM. Tiga tahun selepas itu Nabi Zephaniah dan Nabi Nahum a.s yang memberitakan tentang kehancuran Niveneh ibukota Kerajaan Assyiria. Pada tahun 604SM Nabi Ezra dilahirkan dan pada tahun 586SM muncul ramai nabi-nabi palsu dan pada tahun berikutnya Kota Daud telah dihancurkan oleh Nebukadnezar II dan ia adalah kehancuran pertama Israel seperti yang diceritakan Allah dalam Al-Quran pada Surah Al-Israk. Pada tahun 563SM Budhha Gautama dilahirkan dan kehidupan kerohaniannya juga seperti seorang nabi. Pada tahun 551SM seorang bijak pandai dari Negeri China dilahirkan bernama Confucious. Pada tahun 546SM pula muncul Cyrus the Great yang membebaskan orang-orang Israel dan kembali ke Jerusalem. Pada tahun 520SM pula di Judea lahir seorang nabi bernama Nabi Haggai a.s dan selepas itu pada tahun 469SM Socrates dilahirkan dan pada tahun 464SM Nabi Ezra (Uzair) a.s dihidupkan semula oleh Allah swt dan dilantik menjadi Imam Yahudi di Babylon sehingga digelarkan anak Allah swt dan merupakan orang Israel pertama menghafal Torah (5 bab pertama dari perjanjian lama atau Bab 1 Injil Yahudi). Pada tahun 433SM Nabi Malachi muncul dan pada tahun 336SM Alexander The Great menjadi Raja Macedonia pada usia 20 tahun mejadi penakhluk agung tetapi telah meninggal pada tahun 323SM dan beberapa wilayah kekuasaannya dibahagikan oleh panglima-panglimanya seperti Ptolemy menjadi Raja Mesir. Pada tahun 100SM Julius Caesar dilahirkan kemudian menjadi Kaisar Rom pertama.

Pada tahun 51SM, Cleopatra menjadi penguasa Mesir dan Diktator Rom Julius Ceaser dibunuh pada tahun 46SM kemudian pada tahun 37SM Raja Herod memerinta Judea dan pada tahun 30SM Cleopatra dan Mark Anthony iaitu kekasihnya membunuh diri. Pada tahun 25SM atau sekitarnya Ibu kepada Nabi Isa a.s lahir iaitu Mariam a.s dan pada tahun 1M atau tarikh yang berhampiran dipercayai sebahagian ahli sejarah (ke lima atau keenam SM) Nabi Isa a.s dilahirkan dan pada tahun ke 4SM Raja Herod meninggal dunia.  Nabi ke 22 dan ke 23 iaitu Nabi Zakaria a.s tidak banyak diceritakan tentang masa dan zaman mereka berada dan Nabi Yahya a.s lahir pada masa yang sama dengan nabi ke 24 iaitu Nabi Isa a.s. Maka dipenghujungnya bolehlah kita membuat kesimpulan pada tahun ini 2018 Masihi berapa lamakah manusia telah hidup dimuka bumi.

Perkiraan diatas iaitu pada jumlah 3087 tahun sebelum kematian Nabi Yusuf a.s pada tahun 1805SM. Boleh diandaikan bahawa tahun tersebut telah tidak dipinda dan terus tercatat dari tahun ke tahun iaitu 2018M+1805SM+3087 tahun kenabian (sehingga Nabi Yusuf a.s) bersamaan dengan 6910 tahun. Jika ingin perkiraan mudah ialah dengan mengira tarikh Nabi Adam a.s turun ke bumi iaitu pada 5872SM (tahun masihi dikira secara menambah iaitu pengunduran sejarah bermula 1SM sehingga bertambah ke permulaannya) ditambah dengan tahun semasa iaitu 2018 bersamaan dengan 7890 tahun. Itulah jumlah tahun yang diandaikan tetapi walaubagaimanapun hanya ALlah swt jua yang mengetahui jawapan yang tepat. Allahua'lambissawab.

Wednesday, October 31, 2018

10 ANJING TERCANTIK

Siberian Husky
Anjing yang paling indah dan elegan sepanjang masa adalah Husky Siberia dan tiada jenis anjing lain yang akan menggantikan kejantanan ketika datang ke ketampanan mereka yang tidak ditandingi. Huskies sangat terkenal kerana kesetiaan dan keramahan mereka. Baka serigala seperti serigala ini sangat aktif, bijak, dan membuat haiwan kesayangan keluarga yang hebat. Mereka memerlukan senaman dan aktiviti setiap hari.


Pomeranian
Tidak hairanlah bahawa pemilik anjing ini sering berhenti di jalanan supaya orang yang melewatinya dapat menghidangkan Pomeranian mereka. Anda harus mengakui bahawa walaupun anda akan menghentikannya, pemilik Pomeranian hanya bermain dengan anjing kecil ini. Pomeranian mempunyai bulu tebal yang diperbuat daripada dua lapisan. Mereka terdiri dalam pelbagai warna.

Mereka sangat ringan dan berat maksimumnya hanya 3 kilogram. Pomeranian sangat pintar dan boleh belajar arahan dan cara cepat. Mereka mudah menggugurkan bulu mereka sehingga anda perlu menyapu ia dengan kerap.


Beagle
Beagles adalah salah satu baka anjing yang paling popular di dunia dan mereka membuatkan ia anjing keluarga yang hebat. Mereka mempunyai muncung pendek dan kepala yang luas. Mereka sangat ringan dan kecil. Apabila datang kepada sifat psikologi mereka, Beagles adalah haiwan yang sangat pintar, sosial dan ingin tahu.

Mereka memikat dengan cepat dengan orang dan itulah sebabnya kami mengesyorkan ianya kepada keluarga dengan anak-anak. Mereka adalah anjing yang sangat berjaga-jaga dan suka bermain pelbagai permainan dengan anak-anak. Beagles adalah haiwan yang sangat aktif dan anda sering perlu membawa mereka ke luar. Mereka biasanya akan bergaul dengan anjing lain.


Golden Retriever
Golden Retriever boleh digambarkan sebagai binatang yang baik hati, cerdas, dan cantik. Ia adalah salah satu haiwan kesayangan yang paling popular di dunia. Golden Retriever mempunyai ekor yang sangat cantik yang tahan terhadap air. Baka anjing ini taat, setia, dan suka kanak-kanak yang semuanya menjadikannya anjing keluarga yang hebat.

Anjing Golden Retriever dewasa biasanya berdiri pada ketinggian 23 inci dan boleh ditimbang sehingga 30 kilogram. Anjing-anjing ini matang dalam keadaan perlahan dan mereka boleh dianggap anak anjing sehingga mereka mencapai usia tahun keempat mereka. Keturunan anjing ini banyak menanam benda sehingga menjadi satu-satunya kelemahan untuk memiliki mereka.


Alaskan Malamute
Ini adalah satu baka anjing yang kuat dan besar. Alaskan Malamutes merupakan salah satu baka anjing tertua di dunia. Mereka pada asalnya dibiak menjadi penarik berat badan. Walau bagaimanapun, kegunaannya telah bertukar hari ini dan Alaskan Malamutes tidak digunakan untuk menarik berat seperti dahulu. Hari ini, mereka adalah salah satu haiwan peliharaan kegemaran.

Mereka mempunyai bulu yang berwarna-warni dan sangat tebal. Mereka datang dalam kombinasi warna yang berbeza. Anjing serigala seperti ini boleh membesar sehingga 40 kilogram dan tingginya rata-rata 25 inci. Bagi anjing ini dijadikan anjing keluarga, mereka memerlukan latihan dan sosialisasi yang betul. Mereka sangat setia kepada keluarga mereka.


Akita Inu Akita Inu adalah sejenis baka anjing yang berasal dari Jepun. Ia adalah baka anjing yang cantik dan besar yang akan menjadi teman terbaik anda jika anda mendapat satu. Terdapat dua jenis anjing Akita Inu hari ini - Akita Inu Jepun dan Akita Inu Amerika. Terdapat sedikit perbezaan antara kedua-dua jenis Akita Inu tersebut. Anjing Akita Inu datang dalam pelbagai warna - widen, putih, brindle, merah, dan coklat. Mereka boleh membesar sehingga 54 kilogram. Orang yang memiliki anjing Akita Inu mendakwa mereka sangat setia kepada keluarga mereka dan anjing-anjing ini memerlukan latihan yang kerap.


Anjing biri-biri Iceland Dog Sheep Iceland adalah salah satu baka anjing yang sangat ramah dan dianggap sebagai salah satu baka anjing tertua di dunia. Adalah dipercayai bahawa anjing-anjing ini dibawa ke Iceland oleh Vikings pada tahun 874 A.D atau pada tahun 900an. Selama berabad-abad, anjing-anjing ini telah melindungi haiwan domestik Viking. Dog Sheep Iceland mempunyai bulu yang sangat tebal yang membantu dia bertahan walaupun cuaca yang paling sejuk. Anjing-anjing ini datang dalam warna emas, merah dan hitam. Anjing Kambing biri-biri Iceland adalah seekor anjing bersaiz sederhana dan haiwan yang sangat pintar. Dia suka menjadi antara orang dan membuatkannya anjing keluarga yang hebat.


St. Bernard Anjing ini berasal dari Switzerland dan merupakan salah satu baka anjing terbesar di dunia. Anda mungkin terbiasa dengan baka anjing ini sebagai filem komedi Beethoven mengenai anjing St. Bernard. Anjing St. Bernard mempunyai bulu yang sangat tebal yang membantu mereka terus hidup walaupun dalam keadaan cuaca yang paling teruk.


Chow Chow Jika ada haiwan di dunia yang kelihatan seperti singa, maka ia adalah baka anjing Chow Chow. Anjing-anjing ini benar-benar kelihatan seperti singa kecil dan kesabarannya sama seperti sifat singa. Anjing Chow Chow mempunyai bulu belakang yang sangat tebal dan mampu bertahan walaupun iklim paling sejuk. Chow Chows datang dalam lima warna berbeza - krim, merah, kayu manis, hitam, dan kebiruan. Mereka adalah pemburu yang benar-benar hebat dan pelindung keluarga tuan mereka. Haiwan ini juga sangat degil dan bebas. Mereka tidak suka main-main dan tidak disyorkan kepada anak-anak.Mereka juga sangat menuntut dan mahu perhatian pemiliknya sentiasa.



Miniature Schnauzer
Miniatur SchnauzerMiniatur Schnauzer adalah salah satu baka anjing yang paling indah dan paling indah di dunia.Baka anjing ini dengan serta-merta dapat dikenali untuk kot dan gumpalan comel.Anjing Schnautzer mini mempunyai lapisan ganda dan boleh menahan cuaca yang sangat sejuk.

Baka anjing ini berasal dari Jerman dan sangat popular di kalangan orang Eropah dan Amerika.Anjing-anjing ini akan membelikan anda dengan alis lebat dan mata anak anjing mereka.Ketika datang kepada ciri-ciri mereka, anjing Mini Schnauzer adalah cerdas, suka bermain, penyayang, dan sangat setia. Anjing-anjing ini sangat dikhaskan untuk keluarga mereka dan mereka lebih suka hidup di dalam rumah.
Mereka tidak begitu ramah terhadap anjing lain.

10 KUCING TERCANTIK DI DUNIA

ABYSSINIAN
Kucing abyssinian adalah sejenis baka kucing bersaiz sederhana dan mereka adalah jenis kucing yang sangat eksotik. Mereka mendapat nama mereka selepas Abyssinia, yang merupakan nama bekas negara Afrika yang dipanggil Ethiopia (habsyah). Adalah dipercayai bahawa kucing Abyssinian berasal dari Ethiopia. Adalah dipercayai bahawa kucing-kucing ini disembah di Mesir Kuno.

Abyssinians mempunyai telinga berbentuk tajam dan tajam. Mereka mempunyai bahu yang dalam dan pendek. Sifat mereka mudah dikawal. Kucing abyssinian adalah haiwan yang sangat suka bermain, bijak, dan aktif. Mereka sangat mudah mendapat latihan jika ada keperluan untuk itu. Mereka juga suka anak-anak.
BIRMAN 

Baka kucing ini adalah salah satu baka kucing yang mempunyai saiz fizikal yang besar di dunia. Kucing ini mempunyai warna hebat dan mereka juga dikenali sebagai "kucing suci Burma." Adalah dipercayai bahawa kucing-kucing ini diberkati oleh pelbagai tuhan yang disembah di Burma.

Baka kucing ini dibawa ke Eropah dan Amerika Syarikat pada abad ke-20.
Apabila kucing Birman dilahirkan, dia tetap putih selama dua tahun pertama dalam hidupnya dan apabila dia bertukar menjadi dua, dia mula berubah warna. Kucing Birman mempunyai badan berotot dan mereka boleh menimbang sehingga 7 kilogram. Mereka tidak begitu aktif tetapi mereka suka menggantung dengan pemiliknya dalam keselesaan rumah mereka.
BRITISH SHORTHAIR
Shorthair British bukan hanya salah satu baka kucing yang paling cantik di dunia.
Kucing-kucing ini menjadi salah satu daripada spesies kucing tertua di dunia.
Diyakini oleh ahli biologi bahawa British Shorthairs diimport ke United Kingdom dari Mesir pada abad ke-1.

Shorthair British adalah kucing bersaiz sederhana dan mereka terkenal dengan keperibadian mesra dan penyayang mereka terhadap manusia dan haiwan.
Orang yang memiliki kucing British Shorthair mendakwa haiwan peliharaan ini menjadi baik di kalangan orang yang tidak dikenali dan mereka dengan mudah dapat melekat pada keluarga manusia mereka. Anda tidak akan membuat kesilapan jika anda mendapat sendiri cutie ini!
EXOTIC SHORTHAIR
Kucing ini juga dikenali sebagai Persia Shorthaired.
Satu-satunya perkara yang membezakan Eksotik Shorthairs  dari kucing Parsi biasa adalah bahawa baka kucing ini mempunyai bulu rambut pendek tidak seperti kucing Parsi yang mempunyai bulu belakang yang sangat tebal dan panjang. Jadi, jika anda ingin mendapatkan diri anda dengan seekor kucing Parsi tetapi mempunyai masa untuk menyesuaikan dengan seekor kucing, anda boleh dapatkan Exotic Shorthair.

Kucing ini adalah jenis yang agak baru kerana ia "dibangunkan" pada tahun 1950-an melalui melintasi kucing Parsi eksotik dengan beberapa kucing baka shorthaired.

Apabila tiba matanya, kucing ini adalah penyayang, setia, dan manis.

MAINE COON
Adakah anda tahu bahawa kucing Maine Coon adalah baka kucing yang terbesar di dunia Ya, dan baka kucing ini bukan untuk semua orang.
Anda akan memerlukan banyak ruang hidup untuk layak memiliki kucing Maine Coon kerana kucing ini suka ruang terbuka yang besar. Selain itu, kucing Maine Coon sangat pintar dan penyayang. Kucing ini adalah hasil daripada lintasan antara kucing domestik dan baka kucing separa liar. Maine Coons boleh didapati dalam pelbagai warna, termasuk perak, oren, tembaga, emas, dll. Mereka juga sangat bebas dan tidak memerlukan banyak perhatian dari pemiliknya.

PERSIAN
Kucing Parsi adalah baka kucing yang sangat elegan. Mereka mempunyai ekor yang panjang dan cantik. Kucing Parsi adalah salah satu baka kucing tertua di dunia dan dipercayai bahawa kucing-kucing ini pertama kali dibesarkan di Persia yang merupakan nama asal Iran. Baka Parsi mempunyai lebih daripada 70 variasi warna. Kucing ini mempunyai badan bersaiz sederhana, hidung pendek, dan mata besar. Pemilik kucing Parsi akan mendapati baka kucing ini sangat menyayangi dan mereka sentiasa meminta perhatian dari pemiliknya

RAGDOLL
Kucing Ragdoll adalah sejenis kucing separuh panjang yang mempunyai mata biru yang memukau.Orang yang memiliki kucing ini medapati Ragdolls sangat penyayang, setia, suka bermain, dan mereka menyukai orang. Kucing-kucing ini sangat melekat pada pemiliknya supaya mereka mengikutinya di mana-mana. Kucing Ragdoll juga sangat sayang dengan langkah sedemikian mereka menyembunyikan cakar tajam mereka ketika bermain dengan anak-anak dan orang dewasa.
Lapisan Ragdoll terdiri daripada empat corak warna yang berbeza iaitu lynx, bicolor, menunjuk, dan memancarkan.Berat maksimum kucing Ragdoll ialah 8 kilogram. Kucing ini mempunyai jangka hayat selama 14 tahun

SCOTTISH FOLD
"Lipatan Scotland" adalah salah satu baka kucing yang paling menarik di dunia ketika melihat akan penampilan fizikal mereka. Kucing-kucing ini paling terkenal dengan telinga luar biasa yang dilipat sepenuhnya. Telinga bengkok yang lazim untuk kucing Lipatan Scotland disebabkan oleh mutasi genetik.

Walau bagaimanapun, satu perkara yang menarik mengenai kucing lipatan Scotland adalah bahawa telinga mereka benar-benar lurus apabila mereka adalah anak kucing tetapi apabila mereka matang mereka mula melipat. Kucing ini datang dalam pelbagai warna.
Pemilik kucing lutut Scotland mendakwa kucing ini sangat sayang dan suka bermain dengan keluarga mereka.

SIAMESE
Hampir semua orang boleh bersetuju bahawa Kucing Siam adalah baka kucing yang paling cantik di dunia. Kucing ini dikenali untuk "berkomunikasi" dengan pemiliknya menerusi pelbagai bunyi yang menyeronokkan.Kucing ini mempunyai badan yang sangat berotot, mata berbentuk almond, dan telinga yang panjang.
Setiap anak kucing Siam lahir dengan kot berwarna krim.









TOYGER

Ya, kucing ini kelihatan seperti harimau dan ia juga mempunyai nama yang menyerupai perkataan "harimau." Kucing Toyger adalah hasil melintasi kucing berjalur domestik dengan kucing tabby Bengal. Baka kucing ini sangat sukar ditemui di bahagian lain di dunia kecuali Amerika Syarikat. Kucing Toyger mempunyai badan bersaiz sederhana dan mereka adalah kucing yang sangat berotot. Mereka mempunyai ekor panjang dan telinga bulat kecil. Berat maksimumnya ialah 6 kilogram. Toygers suka ikatan dengan orang yang tidak dikenali dan keluarga manusia mereka juga. Mereka juga sangat suka bermain dan penyayang. Kucing Toyger juga sangat pintar.




Wednesday, October 17, 2018

5 MAKANAN TERBAIK UNTUK TEKANAN DARAH YANG BAIK


1. Oatmeal 
- ianya telah lama diketahui sebagai makanan yang memberi kebaikan kesihatan jantung dengan keupayaannya memberi fiber tinggi, rendah lemak serta rendah sodium.


2. Pisang 
- ianya mempunyai vitamin C dan B-6 juga karbohidrat, protein, fiber dan magnesium tetapi bahan yang paling penting ialah Potassium.
- potassium membantu merendahkan tekanan darah dengan menyeimbangkan kesan negatif garam, iaitu menyimpan air dimana akan menyebabkan masalah kepada buah pinggang kerana tidak boleh membuangnya.
- bendalir dalam badan yang berlebihan juga akan menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi.


3. Kentang
- selain pisang, ianya juga mempunyai potassium yang tinggi umpamanya dalam sebiji kentang terdapat 897mg potassium iaitu 25% jumlah yang disyorkan tetapi bukan kentang goreng masin (french Fries).


4. 'Dark' Coklat 
- begitu banyak kebaikan untuk kesihatan jantung dalam  100g mengandungi 70-85% fiber, iron, magnesium, copper, manganese, sebagaimana juga potassium, phosphorus, zinc dan selenium.
- para penyelidik telah menjumpai didalam 'dark' coklat ini boleh meningkatkan aliran darah dan dicadangkan dengan memakan 100g sehari boleh mengurangkan risiko penyakit cardiovascular (CVD).
- perlu diingatkan juga dengan mengambil 100g (3.5 aun) kuantiti yang agak besar kerana ia mengandungi nilai 647 kalori dengan kandungan 42g lemak dan 24g gula.


5. Beri
- ia termasuklah beri biru, strawberi, raspberi, beri hitam adalah baik dengan mengandungi polyphenols, terutamanya anthocyanins, micronutrients, dan fiber.

6 MAKANAN TERBAIK UNTUK PERTUMBUHAN RAMBUT




1. Sayuran hijau pekat/rimbun 
 - kita selalunya disarankan mengambil sayuran hijau seperti bayam atau berdaun lebat seperti kubis yang kaya dengan zat besi yang diperlukan untuk sel-sel rambut.
 - kekurangan zat besi menyebabkan keguguran rambut kerana kekurangan zat besi menjadi penunjuk oksigen dan nutrien tidak bergerak kepada akar rambut dan folikelnya.
 - ia akan menyebabkan tumbesaran rambut akan terbantut dan agak lemah.


2. Citrus 
- oren, lemon, limau and anggur adalah contoh buah-buahan citrus yang kaya dengan vitamin C yang merupakan vitamin larut air dan membuatkan ia berguna untuk banyak perkara seperti penyerapan nutrien lain seperti zat besi.
- ia juga membina kolagen yang amat penting untuk pertumbuhan rambut dengan menguatkannya daripada akar hingga ke hujungnya.


3. Ubi Keledek 
- ia amat penting jika kadar pertumbuhan rambut agak perlahan kerana mempunyai vitamin A kerana boleh mempercepatkan pertumbuhan tisu pada badan dan ia juga berhubungan dengan kulit.
- anda disarankan untuk mendapatkan vitamin A dalam kuantiti yang agak banyak empat kali sehari.


4. Telur 
- protein adalah bahan yang kritikal bagi memastikan pertumbuhan rambut kerana rambut dibina oleh protein, keratin yang terdapat didalamnya amat penting dan dos protein perlu dikekalkan didalam diet anda.
- telur mempunyai sumber protein yang banyak 6-7g bagi setiap biji telurmembantu pertumbuhan rambut yang kuat.

5. Avokado 
- ia amat diperlukan untuk rambut yang kering dengan mengandungi vitamins A, D, E dan B6, juga tinggi protien, asid amino, magnesium, asid folik, copper dan iron. 
- Vitamin E yang terkandung didalamnya meningkatkan pengaliran darah dan diperlukan untuk folikel dalam menyokong kesihatan dan pertumbuhan rambut.
- mengambilnya dengan campuran hidangan lazat atau buah-buahan lembut seperti campuran salad, jus, salsa atau dimakan mentah akan memberikan manfaat kepada anda terutamanya dengan menggunakan minyaknya secara terus pada rambut akan memberikan kesan yang sungguh mengujakan.

6. Kekakacang dan bijian 
- asid lemak omega 3 amat baik untuk rambut secara khususnya menambah ketebalan rambut dan biasanya badan kita tidak boleh menghasilkan lemak baik memerlukan sumber dari luar sebagai diet.
- menariknya, kekacang dan bijian seperti almonds, cashews, walnuts sarat dengan lemak yang baik untuk kesihatan dan secara keseluruhannya boleh dimakan dengan rasa yang lazat. 

Sunday, October 7, 2018

ANAK-ANAK HAIWAN

Semua makhluk diciptakan oleh Allah SWT. dengan RahmatNYA iaitu perasaan kasih dan sayang. Telah disampaikan kepada kita melalui hadis Rasulullah SAW. mengenai 100 Rahmat Allah SWT kepada hambaNYA dan 1/100 daripadanya diberi di dunia yang mana membuatkan seekor ibu haiwan menyayangi anaknya manakala 99 lagi Rahmat itu akan diberi semasa di hari akhirat(Pembalasan).

Seperti seorang bayi, ianya dilahirkan dengan wajah yang comel dan amat memerlukan perhatian daripada ibubapa atau penjaganya. Mereka akan mempunyai sifat ingin tahu, sering mencuba membuat apa sahaja yang difikirkan walaupun ianya akan mengundang kemarahan orang dewasa. Mereka semua makhluk Allah SWT. yang perlu dibimbing dengan kasih sayang dari semua orang dewasa sama ada ia baik ataupun buruk.

Berikut ialah foto-foto beberapa wajah anak-anak haiwan yang comel dan baru mengenal dunia.