Friday, April 28, 2023

Memadanikan Masyarakat sebagai komuniti Madani

Setiap pemimpin yang bergelar Perdana Menteri akan membawa satu wadah perjuangan dalam mentukan corak pemerintahannya sebagai slogan dalam memudahkan rakyat memahami tujuan atau corak oersembahan yang digagaskannya dalam menggalas sebuah amanah besar dan bertanggungjawab kerana kuasa yang diberi ini akan dipertanggungjawabkan di hasapan Rabbiljalil Penguasa Hari Pembalasan nanti bagi mereka yang percaya kepada wujudnya hari kiamat.

Walaubagaimanapun demi menyambut slogan Madani yang menjadi wadah kepimpinan kerajaan semasa oleh seorang Perdana Menteri yang telah ditunggu sekian lama untuk berkuasa dengan perkongsian kuasa unik atas saranan dan perkenan Duli-duli Yang Maha Mulia sebagai menjadi pentadbiran Urusan Seri Paduka.


Bagaimana mendekatkan semangat Madani serta mencernakannya serata minda masyarakat dan menular sebagaimana propaganda pihak pembangkang yang berjaya menanam dan memahat sebahagian pola pemikiran anak muda yang terlalu memuja kononnya perjuangan bangsa itu mulia dan membenci kaum lain atau bersikap perkauman itu sebagai perkara biasa.


Zaman maklumat dihujung jari serta pola pemikiran yang terpandu pada skrin kaca menjadikan masyarakat terlalu gopoh untuk berinteraksi sesama mereka tanpa pernah terfikir akibatnya malah budaya menular apa jua sepantas dari sesiapa menjadikan kebobrokan maklumat menghalalkan cara tanpa peduli apa itu tabayyun demi keseronokan di alam maya yang tak bertepi ini.


Analisis data bagi melihat kecenderungan masyarakat yang perlu dibuat secara makro dan mikro amat penting bagi mengelakkan pembuangan masa dan sasaran yang agak luas mengurangkan ketajaman bagi mencapai objektif serta tujuan dalam memasyarakatkan nilai-nilai Madani lantas menerapkan semangatnya pada setiap lapisan golongan Rakyat.


Sememangnya setiap strategi perlu mengikut rentak dan tarian Rakyat bagi menjimatkan masa serta mudah dicerna pada zaman maklumat dihujung jari yang mudah menularkan apa jua propaganda namun memerlukan sasaran yang dipecahkan mengikut kumpulan sasaran dengan memaksimumkan kluster masyarakat.


Gaya (trending) dan Pengikut (followers) adalah dua subjek utama masakini dalam menerapkan slogan atau wadah kerajaan baharu memancarkan satu gelombang yang mudah diterima menusuk minda semaksima mungkin dengan cepat dan mendapat reaksi dan kesan di minda masyarakat tanpa had.


Menangkis ancaman atau serangan pemikiran yang berlawanan atau telah ditularkan oleh pihak bukan penyokong kerajaan menjadi satu keperluan jika tidak mahu slogan atau saranan kempen kerajaan dianggap 'spammers' atau 'rubbish' yang menyebabkan sikap ketidak pedulian (ignoring) dalam menerima atau menerapkan maklumat dari kerajaan.


Era komuniti terpecah (clustering community) telah lama wujud sebagaimana penduduk rumah pangsa yang sukar disatukan dibawah satu kumpulan sahaja menjadikan minoriti menguasai majoriti kerana sebilangan besar penduduk tidak mahu peduli jadi kawasan kediaman diuruskan oleh pihak minoriti. Maka disinilah strategi merangkaikan kluster alternatif sebagai pilihan komuniti bagi digabungkan menjadi besar sebagaimana wujudnya kerajaan perpaduan dari kerajaan gabungan pelbagai parti bukan lagi zaman hanya dua tiga parti oleh kekuatan seorang dua personaliti.


Kesimpulannya ialah bagi mempercepatkan pencapaian sebarang usaha penerapan nilai-nilai Madani ini segera dihadam oleh segenap lapisan masyarakat dan menjadi pegangan setiap komuniti maka perlulah bermula dari mengenalpasti lapisan polarisasi pemikiran atau kehendak atau kecenderungan (behavior) kerana sifat manusia moden sekarang yang tidak mahu terikat atau berasa diikat menjadikan manusia terpecah kepada pelbagai kumpulan minoriti yang tidak kuat. Walaubagaimanapun kumpulan minoriti ini menjadi pelbagai menyebabkan tiada satu kumpulan yang layak dianggap majoriti tanpa bergabung sekurang-kurangnya tiga atau empat kumpulan minoriti.


Oleh yang demikian, amat mustahak sekali jika jabatan ini perlu menggunakan paradigma baharu yang lebih cepat dan berkesan dalam menyusun strategi bagi memastikan penerapan semangat Madani dikalangan komuniti diterima semaksima mungkin serta bernilai majoriti bagi memanjangkan hayat penggal pemerintahan yang didambakan dalam mencetuskan Reformasi Madani di negara ini.