Wednesday, October 17, 2018

6 MAKANAN TERBAIK UNTUK PERTUMBUHAN RAMBUT




1. Sayuran hijau pekat/rimbun 
 - kita selalunya disarankan mengambil sayuran hijau seperti bayam atau berdaun lebat seperti kubis yang kaya dengan zat besi yang diperlukan untuk sel-sel rambut.
 - kekurangan zat besi menyebabkan keguguran rambut kerana kekurangan zat besi menjadi penunjuk oksigen dan nutrien tidak bergerak kepada akar rambut dan folikelnya.
 - ia akan menyebabkan tumbesaran rambut akan terbantut dan agak lemah.


2. Citrus 
- oren, lemon, limau and anggur adalah contoh buah-buahan citrus yang kaya dengan vitamin C yang merupakan vitamin larut air dan membuatkan ia berguna untuk banyak perkara seperti penyerapan nutrien lain seperti zat besi.
- ia juga membina kolagen yang amat penting untuk pertumbuhan rambut dengan menguatkannya daripada akar hingga ke hujungnya.


3. Ubi Keledek 
- ia amat penting jika kadar pertumbuhan rambut agak perlahan kerana mempunyai vitamin A kerana boleh mempercepatkan pertumbuhan tisu pada badan dan ia juga berhubungan dengan kulit.
- anda disarankan untuk mendapatkan vitamin A dalam kuantiti yang agak banyak empat kali sehari.


4. Telur 
- protein adalah bahan yang kritikal bagi memastikan pertumbuhan rambut kerana rambut dibina oleh protein, keratin yang terdapat didalamnya amat penting dan dos protein perlu dikekalkan didalam diet anda.
- telur mempunyai sumber protein yang banyak 6-7g bagi setiap biji telurmembantu pertumbuhan rambut yang kuat.

5. Avokado 
- ia amat diperlukan untuk rambut yang kering dengan mengandungi vitamins A, D, E dan B6, juga tinggi protien, asid amino, magnesium, asid folik, copper dan iron. 
- Vitamin E yang terkandung didalamnya meningkatkan pengaliran darah dan diperlukan untuk folikel dalam menyokong kesihatan dan pertumbuhan rambut.
- mengambilnya dengan campuran hidangan lazat atau buah-buahan lembut seperti campuran salad, jus, salsa atau dimakan mentah akan memberikan manfaat kepada anda terutamanya dengan menggunakan minyaknya secara terus pada rambut akan memberikan kesan yang sungguh mengujakan.

6. Kekakacang dan bijian 
- asid lemak omega 3 amat baik untuk rambut secara khususnya menambah ketebalan rambut dan biasanya badan kita tidak boleh menghasilkan lemak baik memerlukan sumber dari luar sebagai diet.
- menariknya, kekacang dan bijian seperti almonds, cashews, walnuts sarat dengan lemak yang baik untuk kesihatan dan secara keseluruhannya boleh dimakan dengan rasa yang lazat. 

Sunday, October 7, 2018

ANAK-ANAK HAIWAN

Semua makhluk diciptakan oleh Allah SWT. dengan RahmatNYA iaitu perasaan kasih dan sayang. Telah disampaikan kepada kita melalui hadis Rasulullah SAW. mengenai 100 Rahmat Allah SWT kepada hambaNYA dan 1/100 daripadanya diberi di dunia yang mana membuatkan seekor ibu haiwan menyayangi anaknya manakala 99 lagi Rahmat itu akan diberi semasa di hari akhirat(Pembalasan).

Seperti seorang bayi, ianya dilahirkan dengan wajah yang comel dan amat memerlukan perhatian daripada ibubapa atau penjaganya. Mereka akan mempunyai sifat ingin tahu, sering mencuba membuat apa sahaja yang difikirkan walaupun ianya akan mengundang kemarahan orang dewasa. Mereka semua makhluk Allah SWT. yang perlu dibimbing dengan kasih sayang dari semua orang dewasa sama ada ia baik ataupun buruk.

Berikut ialah foto-foto beberapa wajah anak-anak haiwan yang comel dan baru mengenal dunia.

 




 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 

Friday, August 24, 2018

DUA SOALAN NABI ISA A.S

Dalam satu riwayat athar gharib daripada Imam Abu Jaafar at Thabari daripada Ali ibnu zaid ibnu Jaddan daripada Yahya ibnu Mahran daripada Abdullah ibnu Abbas (tafsir ibnu katsir).- https://www.youtube.com/watch?v=05D7RY0bmNI

Kisah ini bermula ketika Nabi Isa a.s bersama pengikutnya (Kaum Hawariyun) yang mengajukan cadangan kepada baginda untuk menghantar seorang wakil daripada mereka untuk menjejak peninggalan kapal Nabi Nuh a.s.

Lalu baginda menggenggam segenggam pasirlalu bertanya kepada kaumnya,"kamu tahu apakah yang ada digenggamku ini?". Mereka kebingungan dan membiarkan Nabi Isa a.s dan baginda melemparkan pasir berkenaan lalu berubah menjadi seorang manusia.

Dihadapan mereka muncul seorang lelaki yang sudah tua beruban rambutnya dan manusia itu ialah Ham bin Nuh, kerana terlalu takut pada saat ajalnya yang disangka hari kiamat telah berlaku sehingga beruban rambutnya akibat ketakutan.

Pada waktu inilah Nabi Isa bertanyakan dua soalan kepada beliau berkenaan cerita atau suasana ketika pelayaran Bahtera
Nabi Nuh a.s.

Soalan yang pertama, berapa besarkah kapal tersebut dan bagaimanakah keadaannya? Lalu diberitahu bahawa panjang kapal tersebut ialah 1200 hasta dan lebarnya 600 hasta. Ia mempunyai tiga dek (tingkat) iaitu di dek pertama dipenuhi dengan haiwan-haiwan liar,
pada dek kedua pula didiami manusia (Nabi Nuh a.s dan pengikutnya) dan di dek ketiga dipenuhi dengan unggas-unggas.

Lalu bertanyakan lagi tentang bagaimana najis-najis semua haiwan-haiwan tersebut dibersihkan?Beliau menjelaskan bahawa diwahyukan oleh Allah swt kepada Nabi Nuh a.s supaya menggeletek ekor gajah, lalu keluarlah babi betina lalu dimakan 
kesemua najis-najis tersebut.

Terdapat juga masalah berlaku dengan kerosakan pada lantai dan tali kapal oleh tikus-tikus yang merosakkannya, maka diwahyukan lagi kepada baginda agar menepuk diantara kedua mata singa lalu keluarlah burung-burung helang yang memburu dan memakan 
tikus-tikus tersebut.

Bagi soalan kedua pula bertanyalah Nabi Isa a.s tentang bagaimanakah Nabi Nuh a.s mengetahui bahawa seluruh daratan di bumi ini telah tenggelam sepenuhnya? DIberitahulah oleh beliau bahawa Nabi Nuh a.s telah menghantar burung gagak untuk meninjau di kawasan sekitar tetapi malangnya gagak-gagak tersebut dilekakan oleh bangkai-bangkai yang bergelimpangan.

Akibat dari sikap gagak berkenaan maka Nabi Nuh a.s berasa marah lalu disumpahkan kepada gagak-gagak berkenaan akan dibenci oleh manusia dan mereka akan sentiasa menyukai tempat-tempat kotor serta dijauhkan dengan tempat tinggal manusia. Maka baginda mengarahkan burung merpati untuk meninjau keadaan sekitar sama ada semua daratan telah dipenuhi air. Nabi Nuh a.s dapat mengetahui keadaan itu dengan melihat diparuh burung merpati itu terdapatnya ranting phon zaitun serta dikakinya pula terdapat ranting pohon tin.

Begitulah diceritakan oleh susuk tubuh manusia yang juga anak kepada Nabi Nuh a.s yang turut serta dalam pelayaran bahtera tersebut ketika peristiwa banjir besar melanda manusia. Selepas itu Nabi Isa a.s pun ingin menamatkan perbicaraan mereka walaupun dicadangkan oleh beberapa pengikutnya agar dibawa balik Sam bin Nuh tersebut ke kampung halaman mereka untuk menjawab pertanyaan lain yang akan ditanya oleh kaum-kaum mereka yang tidak turut serta. Nabi Isa a.s menegaskan bahawa mana mungkin manusia yang telah mati iaitu yang telah diputuskan rezki mereka oleh Allah swt untuk hidup bersama-sama.

Sunday, August 12, 2018

Politik Bergenerasi

Golongan muda hari ini mereka yang berumur dibawah 40 tahun, semasa mereka dilahirkan dan membesar mereka tidak menghiraukan apa jua kisah politik ketika itu.

Mereka mungkin juga mengenali politik 18 tahun kemudian ketika di pusat pengajian tinggi atau mula bergaul dengan orang dewasa ketika menjadi petugas parti. Zaman ini juga akses internet dan media sosial masih belum wujud dan ruang maklumat tanpa sempadan masih kabur.

Pada zaman reformasi, mereka ini sudah mengenali apa itu masam manis drama politik negara. Ketika itu antagonis dan protagonisnya mereka kenali dan sekarang telah menjadi regu semula. Suatu ketika itu mereka masih remaja dan terlalu muda untuk mengerti selain darah muda dan semangat seperti perajurit yang sanggup menentang siapa jua dengan berkobar-kobar.

Bagi ‘otai reformis’ kebanyakan usia mereka kini telah melebihi separuh dekad atau hampir atau lewat 40an dan kebanyakan tidak akan melupakan kisah lama atas regim yang menjatuhkan regunya ketika itu. Kebanyaknnya sudah matang dan faham akan realiti serta asam garam perjuangan politik semasa.

Kini generasi pengundi baharu yang rata-ratanya lahir pada awal 90an yang tidak kenal apa itu politik dari zaman pengharaman Umno serta penubuhannya semula sehinggalah kepada era team wawasan, angkatan perpaduan ummah serta barisan alternatif.

Apatah lagi mereka ini masih dibangku sekolah ketika peristiwa reformasi serta drama tentang tunjuk perasaan, bantahan serta himpunan besar-besaran dalam melawan kezaliman pemerintah masa itu.

Mereka adalah generasi yang telah ditayangkan dengan kemakmuran, kestabilan dan kemodenan dengan segala jenis kebaikan kerajaan sedia ada dengan media sosial yang mudah diakses pada setiap orang hanya dihujung jari.

Thursday, July 26, 2018

WAKTU FISIOLOGI TUBUH BERFUNGSI

🕔5 - 7 pagi
Waktu di mana usus besar bekerja. Mesti disiplinkan diri utk *buang air besar* dalam waktu ini. 
Jika tak, penyakit akan berkumpul.

🕖7 - 9 pagi
Wajibkan diri utk *bersarapan* . Jika tak, metabolisma badan akan turun mendadak. 
Sebab tu kadang2 orang bersarapan lewat lepas pukul 9, berat badan naik mendadak 
walaupun makan sekali sehari!

🕘9 - 11 pagi
Organ limpa bekerja.
*Elakkan makan* dalam waktu ini.

🕚11 - 1 petang
Jantung bekerja secara optimum. *Elakkan bekerja berat, sebaiknya rehat dan tidur seketika* . 
Serangan jantung kerap terjadi ketika waktu ini.

🕐1 - 3 petang
Usus kecil bekerja. *Sebaiknya buang air besar kali kedua* dalam waktu ini.

🕒3 - 5 petang
Pundi kencing bekerja. *Sebaiknya buang air kecil* dalam waktu ini.

🕔5 - 7 petang
Ginjal bekerja secara optimum. *Elakkan badan terlalu dehydrated. Banyakkan minum air* 
dalam waktu ini.

🕖7 - 9 malam
Perikardium bekerja. *Elakkan makan makanan yang berat* pada waktu ini.

🕘9 - 11 malam
*Waktu terbaik utk berehat dan tidur* .

🕚11 - 1 pagi
Hempedu bekerja. *Elakkan makan* , berat badan akan naik mendadak.

🕐1 - 3 pagi
Hati bekerja utk singkirkan toksik. *Elakkan berjaga* . Sering berjaga pada waktu ini berpotensi 
utk kanser. Waktu ini adalah waktu terbaik utk deep sleep.

🕒3 - 5 pagi
Peparu bekerja.
Bagi pesakit asma, *elok amalkan bangun* pada waktu ini. Peparu menyerap oksigen dalam 
kuantiti yang tinggi. Ibadah solat sangat digalakkan waktu ini.
SELAMAT BERAMAL DGN BERTERUSAN.
​

Wednesday, June 20, 2018

Demokrasi Tercipta Apabila Jatuh Di Puncak Kuasa

Setelah melewati dua bulan 'Parti Keramat Melayu' buat kali pertamanya tersungkur dari menggenggam kuasa di Putrajaya menjadi Kerajaan Persekutuan. Desas-desus cerita mengatakan ianya mungkin diharamkan sekali lagi juga kedengaran kerana tidak membuat pemilihan parti serta menyalahi perlembagaannya selain mengharapkan surat rasmi penangguhannya daripada ROS.

Sekian lama kita tidak kedengaran sorakan atau keriuhan 'pesta' pemilihannya kerana seringkali pucuk pimpinan diberi mandat kuasa tanpa pemilihan atau lantikan tanpa sebarang pertandingan. Apabila tewas dalam membentuk kerajaan bulan lalu melihatkan Presidennya yang juga bekas Perdana Menteri melepaskan jawatan kerana kekalahan tersebut maka kedengaranlah pemilihan baharu akan diadakan secepat mungkin dengan jawatan no. 1 dipertandingkan.

Maka setiap hari pada media dan pasukan publisiti menanti siapakan yang akan bertanding dan masuk gelanggang dalam menjadi nakhoda baru Parti Melayu yang merupakan parti yang terbanyak memenangi kerusi di Parlimen walaupun tidak memperolehi kelebihan majoriti keseluruhannya untuk membentuk kerajaan. Dari utara hingga ke selatan, dari timur hingga ke barat para ahli dan 'panglima' parti mula menggerakkan kempen dengan cara tersendiri dalam menjadi calon mengisi kesemua jawatan yang akan dipertandingkan.

Menariknya pada kali ini, jawatan utama (Presiden) akan ditandingi oleh tiga calon setakat ini iaitu Pemangku Presiden (Naib Presiden yang memangku Timbalan Presiden seterusnya memangku jawatan Presiden), Bekas Timbalan Perdana Menteri juga seorang ahli veterannya yang pernah keluar dan menubuhkan sebuah parti baharu dan membubarkannya kemudian serta seorang calon muda dari generasi baharu iaitu bekas Ketua Pemuda parti yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan.

Semoga kali ini demokrasi dapat berbunga dan berbuah sekali lagi bagi memperlihatkan proses pembangunan semula parti yang sekian lama menerajui pentadbiran negara. Kali ini para ahli parti akan berpeluang memilih melalui perwakilan yang akan dilantik bagi mencorak barisan kepimpinan baru pasca pilihanraya selepas jatuh dari puncak kuasa.

Thursday, May 31, 2018

Kerajaan Baharu, Harapan Baharu

Kini Kerajaan Pakatan Harapan telah berusia 22 hari dalam mentadbir negara ini setelah berjaya mendapat majoriti mudah dalam pilihanraya yang lalu. Mereka telah membuktikan bahawa anggapan Kerajaan Barisan Nasional tidak dapat ditumbangkan adalah salah dan Rakyat Malaysia sendiri membuat keputusan yang berani dalam menumbangkan kerajaan lalu yang memerintah selama 31 tahun sejak negara ini merdeka.

Maka bermulalah pelbagai polemik dalam menelusuri setiap hari perkembangan dan segala tindak tanduknya. Persoalan terus terpacul daripada ramai pihak adalah kemampuan kerajaan baharu ini memastikan manifesto 10 janji utamanya dalam masa 100 hari. Pelbagai pihak mula mengira dan mencabar akan janji-janji tersebut dengan pelbagai komen dan ulasan sama ada dengan nada yang positif atau negatif.

Bagi pihak yang masih menjadi pembangkang atau baharu menjadi pembangkang mereka mempunyai tugas penting dan mencabar dalam membentuk sebuah pasukan yang benar-benar berfungsi sebagai semak-imbang. Lanskap baharu dengan gagasan yang berlainan dalam mencorak pentadbiran negara mengikut idealisma Pakatan Harapan sebagai sebuah kerajaan baharu.

Masih terlalu awal untuk kita membuat komen atau sebarang cemuhan kerana setiap langkahnya adalah menjadi permulaan yang mempunyai laluan yang jauh dan panjang untuk diperhatikan serta meraih kejayaan. Rakyat Malaysia yang telah membuat keputusan dalam memberi harapan kepada penukaran kerajaan ini akan mula menjadi penonton dan penyokong dalam setiap dasar atau pembaharuan yang dilakukan oleh kerajaan baharu ini.