Golongan muda hari ini mereka yang berumur dibawah 40 tahun,
semasa mereka dilahirkan dan membesar mereka tidak menghiraukan apa jua
kisah politik ketika itu.
Mereka mungkin juga
mengenali politik 18 tahun kemudian ketika di pusat pengajian tinggi
atau mula bergaul dengan orang dewasa ketika menjadi petugas parti.
Zaman ini juga akses internet dan media sosial masih belum wujud dan
ruang maklumat tanpa sempadan masih kabur.
Pada
zaman reformasi, mereka ini sudah mengenali apa itu masam manis drama
politik negara. Ketika itu antagonis dan protagonisnya mereka kenali dan
sekarang telah menjadi regu semula. Suatu ketika itu mereka masih remaja
dan terlalu muda untuk mengerti selain darah muda dan semangat seperti
perajurit yang sanggup menentang siapa jua dengan berkobar-kobar.
Bagi
‘otai reformis’ kebanyakan usia mereka kini telah melebihi separuh
dekad atau hampir atau lewat 40an dan kebanyakan tidak akan melupakan
kisah lama atas regim yang menjatuhkan regunya ketika itu. Kebanyaknnya
sudah matang dan faham akan realiti serta asam garam perjuangan politik
semasa.
Kini generasi pengundi baharu yang
rata-ratanya lahir pada awal 90an yang tidak kenal apa itu politik dari
zaman pengharaman Umno serta penubuhannya semula sehinggalah kepada era
team wawasan, angkatan perpaduan ummah serta barisan alternatif.
Apatah
lagi mereka ini masih dibangku sekolah ketika peristiwa reformasi serta
drama tentang tunjuk perasaan, bantahan serta himpunan besar-besaran
dalam melawan kezaliman pemerintah masa itu.
Mereka
adalah generasi yang telah ditayangkan dengan kemakmuran, kestabilan
dan kemodenan dengan segala jenis kebaikan kerajaan sedia ada dengan
media sosial yang mudah diakses pada setiap orang hanya dihujung jari.
No comments:
Post a Comment