Thursday, July 31, 2008

Enjoy (Bahasa Malaysia: menyukai, mengalami sesuatu yang menggembirakan, bersukaria) dengan kehidupan yang diberi keseronokannya macam nak berlari memuji adilnya tuhan berkali-kali.

Hakikatnya inilah yang terjadi, segalanya bermula penuh ranjau dan duri

Wednesday, July 30, 2008

Akhirnya....pintupun terbuka.

"Selama ini...ku mencari-cari...teman yang sejati...untuk menemani...Aku sedang ingin, bercinta...karena, mungkin ada kamu disini, aku ingin..."

"Setelah hampir 2 tahun, hati ini kosong setelah melepaskan si dia yang berjauhan dan memang terpaksa berjauhan ditambah dengan pelbagai faktor yang telah ditakdirkan...
Tersentuh bila insan yang pernah disayangi, memberi satu khabar yang meranapkan hati walau dengan nada pinta izin bersuami dengan insan yang dipercayai.

Kini, hati ini di terbuka sendiri untuk gadis bernama Izzatul Hanie Ibrahim. Gadis bertuah yang sememangnya ciri-cirinya membuatkan segala kunci teka-teki di hati terbuka sendiri sehinggakan aku terus tanpa ragu-ragu dan meyakini....dialah bakal isteri yang kuimpi selama ini...terimakasih untuk tuhan yang sememangnya mengerti...."

Akhirnya....pintu pun terbuka.

"Selama ini...ku mencari-cari...teman yang sejati...untuk menemani...Aku sedang ingin, bercinta...karena, mungkin ada kamu disini, aku ingin..."
"Setelah hampir 2 tahun, hati ini kosong setelah melepaskan si dia yang berjauhan dan memang terpaksa berjauhan ditambah dengan pelbagai faktor yang telah ditakdirkan...
Cemburu telah menewaskankanku, bukan aku tapi dia. Aku boleh tension dgn kesangsiannya yang begitu berkali-kali bagai tiada bukti lagi untuk membela diri dan bagaimana seharusnya aku jujur lagi. Aku hanya ada seorang penolong, tuhanku ALLAH s.w.t. Jika aku disabitkan dengan kesalahan yang bukan aku yang melakukannya, hanya DIA sahajalah aku berserah dan memohon ampun...
Tersentuh bila insan yang pernah disayangi, memberi satu khabar yang meranapkan hati walau dengan nada pinta izin bersuami dengan insan yang dipercayai.
Kini, hati ini terbuka sendiri untuk gadis bernama Izzatul Hanie Ibrahim. Gadis bertuah yang sememangnya ciri-ciri si gadis bertuah ini membuatkan segala kunci teka-teki di hati terbuka sendiri sehinggakan aku terus tanpa ragu-ragu dan meyakini....dialah bakal isteri yang kuimpi selama ini...terimakasih untuk tuhan yang sememangnya MAHA MENGETAHUI dan MAHA PENYAYANG...."

Gadis bertuah bertakhta di sanubari

"Selama ini...ku mencari-cari...teman yang sejati...untuk menemani...Aku sedang ingin, bercinta...karena, mungkin ada kamu disini, aku ingin..."


Setelah hampir 2 tahun, hati ini kosong setelah melepaskan si dia yang berjauhan dan memang terpaksa berjauhan ditambah dengan pelbagai faktor yang telah ditakdirkan...


Tersentuh bila insan yang pernah disayangi, memberi satu khabar yang meranapkan hati walau dengan nada pinta izin bersuami dengan insan yang dipercayai.


Sunday, June 15, 2008

Minyak NAIK,NAIK Minyak

Selalunya manusia suka dengan kata sifat naik, tetapi ramai juga yang tidak suka dengan perkataan ini.Pada abad ini kita tidak boleh lagi mahu TURUN kerana dunia semakin pesat membangun dan bilangan penghuninya juga semakin bertambah. Kos kehidupan hari ini juga semakin naik disebabkan segalanya semakin naik dan hanya segelintir sahaja yang turun. Jika kita gelintar fakta-fakta tentang suasana atau iklim ekonomi dunia, kita akan dapat lihat sebenarnya dunia terarah atau dipandu oleh beberapa sistem ekonomi yang kesemuanya mempunyai baik buruknya yang tersendiri. Terpulang kepada mereka yang menguruskannya sama ada bijak, tamak atau terus dengan kebodohan yang lahir dari perasan yang mereka adalah pandai.
Jika kita melihat dunia hari ini, hasil dari tekanan dan kenaikan kos kehidupan adalah hasil dari sifat-sifat tersebut dengan penuh berleluasa di tangan para penguasa. Mari kita lihat dari krisis subprima, kenaikan harga minyak dan kekurangan bekalan makanan. Sebenarnya jika para pemimpin di kebanyakan kerajaan di dunia tidak terus dibelenggu dengan pelbagai masalah dan konflik yang timbul akibat perangai yang diwarisi sejak turun-temurun dari dua orang anak ADAM yang saling berbunuhan kerana disebabkan juga oleh sifat yang selama ini telah menjadi kanser kepada manusia tanpa ubatnya.
Rakyat marhain juga tidak terkecuali dengan tempias sikap ini sehinggakan sanggup menyusahkan orang lain demi keuntungan yang sedikit tidak ubah seperti haiwan yang berebut-rebut juadah atau hidangan sehingga sanggup mencederakan sesama mereka. Manusia telah diberi akal untuk saling menggunakannya demi kemakmuran dunia sejagat dan kerana tuhan yang menjadikan untuk manusia saling menggunakannya.
Mari kita lihat sahaja contoh didepan mata, kerajaan (akibat tamak) mengumumkan kenaikan harga minyak secara mengejut, beribu-ribu kenderaan terkandas kehabisan minyak kerana ramai yang tamak berpusu-pusu ke stesen minyak untuk berebut-rebut membeli minyak hanya kerana mahu untung 78 sen seliter semata-mata yang tidak dapat menampung kegunaannya kurang dari satu minggu pun dan secara tidak langsung memikirkan mereka telah menyusahkan beribu-ribu orang lain yang lebih memerlukan pada malam itu.
Begitu juga dengan pengusaha minyak yang tamak sengaja menyimpan stok lama minyak untuk dijual pada kadar harga baru yang sepatutnya dihabiskan pada malam itu juga jika mereka benar-benar tidak tamak. Ramai juga yang berpusu-pusu ke pejabat pos untuk mengambil wang subsidi yang di 'hadiahkan' seperti wang tersebut akan habis esok lusa sehingga menyusahkan juga. Mereka hanya mementingkan diri dan perut tanpa berfikir akibatnya. Maka, mentalitinya telah terpapar bahawa rakyat negara ini memang masih di minda kelas ketiga. Maka fikir-fikirkanlah jika dari bawah pun NAIK tamak, dari atas pun NAIK tamak dan jangan disangka akan muncul pula golongan yang akan NAIK MINYAK akibat dari manusia yang NAIK TAMAK.
Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut baca (jangan diam) dan ada tenaga usaha....

Friday, May 23, 2008

Berjalan, Berlari, Berhenti...

Dalam hati ada kamu, dalam kamu ada dia dan dalam dia ada kita semua. Itulah kata-kata sufi yang menerangkan tentang hakikat kehidupan, biar apapun yang memisahkan kita tetap masih boleh menghadapi.
Kehidupan ini banyak dibentangkan oleh ribuan jalan yang penuh liku dan ranjau sendiri sehinggakan kita tidak terasa jalan yang kita lalui hari ini sama atau tidak dengan jalan yang baru kita lalui semalam atau sebentar tadi.
Kalau kita fikirkan, sememangnya banyak sangat jalan yang harus kita pilih. Tetapi selalunya kita akan memilih jalan-jalan ini berdasarkan situasi yang kita hadapi. Sedar atau tidak setiap jalan yang harus dilaluimesti mempunyai sekurang-kurangnya dua perimpangan sama ada pilhannya ya atau tidak seperti juga simpang yang mempunyai kiri dan kanan.
Kita sememangnya tidak boleh lari dari pilihan kerana kehidupan itu adalah sebuah perjalanan.

Selamat Berkhidmat

Tanggal 18 Mac tahun ini tiba kembali pusingan untuk semua rakyat yang layak memilih mengundi calon atau parti yang dirasakan mampu memerintah. Kalau mengikut ayatnya 'perintah' iaitu menjalankan sesuatu pekerjaan dengan bantuan atau tenaga orang lain. Kerajaan asal dari perkataan 'Raja' yang sinonimyan tiada pekerjaan selain dari perintah dan arahan-arahan yang akan menentukan halatuju sesebuah negara.
Dalam era Feudal, pemerintah adalah terdiri daripada tuan tanah (Landlord) yang berkuasa selagi didalam tanahnya atau ladangnya. Bagi mereka, keputusan atau arahan yang dibuat adalah hak mutlak kita. Seperti juga dirumah kita, kita punyai kuasa penuh untuk menguruskan rumah dan orang yang berada atau menumpang dalam rumah kita.
Fahaman komunis pula membenarkan pemilikan atau hak bagi sesuatu negara itu adalah hak bersama dan membataskan pemilikan harta secara individu atas ketidakpuasan dari sistem kapitalis yang menekan golongan bawahan dengan cara mendapatkan seberapa banyak keuntungan tanpa mengira ehsan dan jurang pendapatan antara miskin dan kaya.
Bagi negara kita, demokrasi adalah hasil dari semangat nasionalisma yang terpahat akibat terkongkong dari pemerintahan penjajah dan ketidakselesaan orang-orang bumiputera khususnya orang - orang melayu yang dibelakangi oleh raja-raja dan pembesar melayu (feudal). Mereka inilah Nasionalis yang secara tidak langsung menjadi satu pertubuhan yang berteraskan kebangsaan sehinggakan ada tokoh waktu itu ditolak semata-mata kerana idea pemuafakatan atau perkongsian kuasa diantara tiga kelompok kaum terbesar negara iaitu Melayu, Cina dan India.
Namun idea ini ditolak dan hanya diterima pakai beberapa tahun selepasnya dan sehingga kini telah berjaya mewujudkan kerajaan berpuluh-puluh tahun lamanya. Kini lahir beberapa parti politik yang hanya berteraskan prinsip atau slogan atau ideologi yang tidak memihak kepada apa-apa fahaman kecuali memperjuangkan idealisma atau lebih kepada kebebasan atau liberalisma atau kepada satu matlamat atau prinsip sama rata tetapi dalam konteks keadilan.
Akhir-akhir ini ramai pemilih telah menunjukkan respon atau pilihan yang mereka buat tetapi ia bukanlah sesuatu perubahan tetapi mungkin hanya mahu mengajar orang-orang politik agar lama-kelamaan mereka akan mendapat situasi menang-menang kerana rakyat sebenarnya tidak begitu terpengaruh dengan politik tetapi hanya mahu berpolitik bila musimnya tiba. Sekali air bah, sekali pantai berubah.