Saturday, September 20, 2008

Ramadhan kali ini bererti

Ramadhan bulan yang suci....setahun sekali peluang ini diberi oleh ilahi untuk umatnya mengumpul sebanyak mana bonus pahala amalan berganda dalam pesta pemberian ganjarannya. Pelbagai tawaran telah tersedia untuk sesiapa jua yang ingin berlumba-lumba mendapat ganjarannya di syurga. Ingin ku daki puncak tertinggi dan belayar mengelilingi bumi namun tak sanggup aku menghadapi mati tanpa sebarang amalan yang boleh menjadi mata ganjaran untuk menebus hadiah hebat di hari akhir nanti.
Namun ramadhan ini amat bermakna bagiku kerana kali ini aku menjadi orang bujang terakhir, berjaya menghabiskan khatamul kitabi hampir 2 tahun terhenti-henti. Aku juga telah bertekad untuk mencuci segala daki yang melekat selama ini untuk memulakan kehidupan baru dengan lembaran amali wal kitabi yang baru untukku sebagai seorang suami dan punyai seorang isteri. aku betul-betul gembira dan sangat bersyukur kehadrat ilahi kerana banyak kurniaannnya telah diberi dan banyak permintaanku di perkenan olehnya.
Tiada apa yang aku harapkan kepada mu ya ALlah selain berjumpa lagi dengan ramadhan yang penuh berkat ini. Jika semua lautan ini kujadikan tinta untuk memujimu, jika semua permukaan bumi ini ku tulis akan nikmatmu, sesungguhnya tidak pernah cukup u ntuk aku memujimu ya ILAHI.

No comments: