Tuesday, November 23, 2010

Kesyukuran dengan pegorbanan dan pengabdian

Segala puji bagi Allah swt yang sentiasa merahmati,mengasihi dan mengampuni hambanya terutama bagi mereka yang berusaha mencari keredhaannya. Tiada yang lebih baik bagi setiap manusia dalam menghargai nikmat kehidupan yang telah memberikan segalanya. Setiap manusia akan tercari-cari satu kuasa yang mentadbir alam ini bukan secara semulajadi bagi golongan yang tidak mahu mempercayai kewujudan tuhan.

Dunia yang berjalan bagi tahun ini sudah di penghujungnya. Tiada apa yang berlaku tanpa semuanya telah tersurat di kitab agung di lauh mahfuz. Sekarang dunia telah kembali pulih dari kegawatan ekonomi yang menjadi permainan para sekutu syaitan yang sentisa merancang dan membuat kerosakan. Hanya percaturan tuhan yang akan sentiasa melawan makar mereka. Allah sudah mengetahui segala-segalanya hanya kita yang masih tidak menyedari atau menyelaminya kerana sentiasa bergantung kepada hari-hari yang terus mendatang.
Telah terbukti terutama bagi golongan yang masih tidak mengerti tentang perihal dunia sekarang ini. Dari abad ke abad memang ada kuasa yang mempengaruhi perjalanannya si setiap benua. Jika kita menyelidiki sejarah (bukan semua yang suka akan sejarah) pasti mendapati yang semuanya sentiasa berulang tahun demi tahun atau sepuluh tahun sekali kitarannya sentiasa bersama. Hanya watak protagonis dan antagonisnya yang berbeza tetapi kuasa kebaikan dan kejahatan semuanya sama. Ia adalah hakikat dunia dan kehidupan manusia yang hanya sejenis makhluk yang diberi akal, nafsu dan jasmani untuk menjadi khalifah didunia yang fana ini.

Setiap insan yang datang (lahir) dan pergi (meninggal) akan pasti terus mengerti atau mempelajari sebuah kehidupan sementara ini. Tetapi berapa ramai yang telah tertipu dengan kehidupan sehingga lupakan ingatan Penciptanya kita sebenarnya dijanjikan kehidupan abadi tanpa bilangan hari lagi atau menunggu bertambahnya usia dan setiap tahun berlalu pergi. Mereka perlukan pengorbanan dalam setiap hela nafas dan sesuap makan. Kesabaran sebenarnya satu daripadanya namun kita selalu dikecewakan dan menjadi kelemahan kepada mereka-mereka yang tertewas.