Tuesday, June 13, 2017

Dunia Maya Bukan Mimpi

Sekarang adalah dunia dihujung jari kerana semua orang dari peringkat kanak-kanak telah mengenal erti sentuh skrin maka sesuatu paparan tersebut beraksi. Inilah kecanggihan teknologi yang sungguh bererti kepada segenap lapisan masyarakat kini menjadi fenomana luarbiasa dalam dekad ini.

Bermula era millenia pada awal tahun 2000 manusia dikejutkan dengan polemik Y2k antarabangsa yang mengundang resah dikalangan semua. Adakah komputer peribadi generasi pertama mampu untuk memproses data apabila kiraan tahun menjadi 00 jika dikira dalam dua aksara sahaja. Sememangnya komputer baru mula menjadi barangan peribadi manusia pada tahun 1995 dimana pada ketika itu sebuah komputer peribadi mencecah harga RM10,000 seunit. Sebelum itu, komputer hanya dimiliki oleh kerajaan dan syarikat-syarikat besar kerana kosnya yang amat tinggi dan kekurangan kepakaran untuk mengendalikannya.

Pada hari ini data(internet) telah menjadi seperti 'utiliti' bagi manusia kerana tanpanya kita akan berasa kekok atau sukar untuk melakukan apa sahaja aktiviti seharian. Sudah menjadi kezaliman setiap orang akan memperuntukkan wang bagi membeli 'data' atau pakej masa bagi melayari internet. Tidak kira sama ada orang dewasa atau kanak-kanak, para pekerja atau para pelajar amat memerlukannya. Sekarang dunia internet dan 'mobile apps' telah memonopoli masa kita dan kebyaakan manusia menghabiskan masa dalam melayari atau berinteraksi dengannya. Tambahan pula komputer peribadi yang dahulunya bukan bersifat mudah alih namun sekarang telah menjadi kecil sehingga boleh dipegang pada tapak tangan dengan hanya menggerakkan hujung jari bagi sesuatu arahan atau carian. Semuanya yang terjadi pada hari ini untuk peranti telekomunikasi canggih tersebut tidak pernah termimpi dan dibayangkan terutamanya mereka yang lahir pada tahun 60an sehingga 80an.

Bila dunia tanpa sempadan telah wujud dan segala hubungan komunikasi antara manusia dan aplikasi hanya dihujung jari maka akan wujudlah kesan-kesan dan akibat yang baik dan buruk bagi manusia. Masa 24 jam sehari mula dirasakan begitu pantas berlalu seolah-olah sebulan hanya seperti seminggu dan setahun hanyan seperti beberapa bulan yang lalu. Inilah natijahnya apabila manusia telah memasuki fasa atau sering berada didunia maya yang lebih hebat dari mimpi dan lebih bahaya dari dunia realiti.