Friday, September 26, 2008

Muka, Antaramuka, Pemuka dan Bermuka-muka

Setiap makhluk hidup dari sebesar gajah sehingga sekecil kuman, ia dianugerahkan dengan muka (face) atau permukaan (facing). Ia adalah identiti utama atau perhiasan utama atau bentuk umum bagi mengenali sesuatu makhluk itu dan sifat-sifatnya. Selalunya kita kan memberi pandangan pertama mengenai seseorang melalui mukanya atau jika ia sejenis makanan, kita akan melihat ciri-ciri yang menarik pandangan dan perhiasannya.
Sering juga kita di tipu dengan topeng atau perhiasan yang mencerminkan segala bentuk penipuan mengenai watak sebenar pemilik muka tersebut. Maka tertipulah bagi sesiapa sahaja yang terlalu cepat percaya kepada perkara-perkara tersebut. Terdapat juga muka yang biasanya jujur dengan apa yang ada kerana si pemiliknya hanya merasakan muka tersebut miliknya dan biarlah apa orang lain menilainya yang penting dia merasa selesa dengan mukanya itu. Ada juga yang sering mahu menunjukkan muka mereka adalah yang terbaik sehingga sanggup mengeluarkan belanja bagi menghias muka dengan harapan menarik pandangan mata dan tentu sekali tidak mahu sikitpun dicela.
Antaramuka pula lebih sinonim dengan sistem maklumat berkomputer. Setiap antaramuka perlu memainkan perana sebagai ruang tamu bagi setiap pengunjungnya. Tidak semestinya cantik untuk pandangan mata tetapi juga perlu meletakkan fungsinya bagi memudahkan pengguna. Ia selalunya perlu tersusun kemas dan selesa untuk setiap pengunjung berada lama atau sentiasa akan bertandang lagi di lain masa. Ia sememangnya penting bagi penilaian pertama tentang kualiti isi kandungannya.
Semua pemimpin sama ada dari peringkat kecil sampai ke sebuah negara di gelar pemuka. Personaliti adalah penting untuk seseorang pemuka yang ingin terus disanjungi bukan sahaja di mata namun perlulah ditunjukkan selari melalui tingkah laku dan gaya. Setiap pemuka mesti menjaga dan mengawal muka agar ia disenangi oleh orang sekelilingnya. Pemuka perlu membuktikan bukan sahaja pada personaliti malah pada airmukanya.
Lakonan yang jitu dengan emosi yang sering menhikut rentak lagu adalah aset penting bagi menghidupkan watak bermuka-muka. Di zaman ini sememangnya ramai yang suka bermuka-muka demi melangsungkan apa yang dinamakan sebagai munafik atau sandiwara untuk menjaga apa sahaja kepentingan diri. Matlamatnya ialah untuk tidak menyakiti mana-mana pihak atau ingin menjaga hubungan diplomasi. Namun ia amat berbahaya kerana budaya untuk tegur-menegur dalam terus memeperbaiki muka diri masing-masing. Terlalu bermuka-muka akan mebuatkan anda semua hilang airmuka di permukaan personaliti anda.

No comments: