Wednesday, October 17, 2018

5 MAKANAN TERBAIK UNTUK TEKANAN DARAH YANG BAIK


1. Oatmeal 
- ianya telah lama diketahui sebagai makanan yang memberi kebaikan kesihatan jantung dengan keupayaannya memberi fiber tinggi, rendah lemak serta rendah sodium.


2. Pisang 
- ianya mempunyai vitamin C dan B-6 juga karbohidrat, protein, fiber dan magnesium tetapi bahan yang paling penting ialah Potassium.
- potassium membantu merendahkan tekanan darah dengan menyeimbangkan kesan negatif garam, iaitu menyimpan air dimana akan menyebabkan masalah kepada buah pinggang kerana tidak boleh membuangnya.
- bendalir dalam badan yang berlebihan juga akan menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi.


3. Kentang
- selain pisang, ianya juga mempunyai potassium yang tinggi umpamanya dalam sebiji kentang terdapat 897mg potassium iaitu 25% jumlah yang disyorkan tetapi bukan kentang goreng masin (french Fries).


4. 'Dark' Coklat 
- begitu banyak kebaikan untuk kesihatan jantung dalam  100g mengandungi 70-85% fiber, iron, magnesium, copper, manganese, sebagaimana juga potassium, phosphorus, zinc dan selenium.
- para penyelidik telah menjumpai didalam 'dark' coklat ini boleh meningkatkan aliran darah dan dicadangkan dengan memakan 100g sehari boleh mengurangkan risiko penyakit cardiovascular (CVD).
- perlu diingatkan juga dengan mengambil 100g (3.5 aun) kuantiti yang agak besar kerana ia mengandungi nilai 647 kalori dengan kandungan 42g lemak dan 24g gula.


5. Beri
- ia termasuklah beri biru, strawberi, raspberi, beri hitam adalah baik dengan mengandungi polyphenols, terutamanya anthocyanins, micronutrients, dan fiber.

No comments: