Sunday, August 12, 2018

Politik Bergenerasi

Golongan muda hari ini mereka yang berumur dibawah 40 tahun, semasa mereka dilahirkan dan membesar mereka tidak menghiraukan apa jua kisah politik ketika itu.

Mereka mungkin juga mengenali politik 18 tahun kemudian ketika di pusat pengajian tinggi atau mula bergaul dengan orang dewasa ketika menjadi petugas parti. Zaman ini juga akses internet dan media sosial masih belum wujud dan ruang maklumat tanpa sempadan masih kabur.

Pada zaman reformasi, mereka ini sudah mengenali apa itu masam manis drama politik negara. Ketika itu antagonis dan protagonisnya mereka kenali dan sekarang telah menjadi regu semula. Suatu ketika itu mereka masih remaja dan terlalu muda untuk mengerti selain darah muda dan semangat seperti perajurit yang sanggup menentang siapa jua dengan berkobar-kobar.

Bagi ‘otai reformis’ kebanyakan usia mereka kini telah melebihi separuh dekad atau hampir atau lewat 40an dan kebanyakan tidak akan melupakan kisah lama atas regim yang menjatuhkan regunya ketika itu. Kebanyaknnya sudah matang dan faham akan realiti serta asam garam perjuangan politik semasa.

Kini generasi pengundi baharu yang rata-ratanya lahir pada awal 90an yang tidak kenal apa itu politik dari zaman pengharaman Umno serta penubuhannya semula sehinggalah kepada era team wawasan, angkatan perpaduan ummah serta barisan alternatif.

Apatah lagi mereka ini masih dibangku sekolah ketika peristiwa reformasi serta drama tentang tunjuk perasaan, bantahan serta himpunan besar-besaran dalam melawan kezaliman pemerintah masa itu.

Mereka adalah generasi yang telah ditayangkan dengan kemakmuran, kestabilan dan kemodenan dengan segala jenis kebaikan kerajaan sedia ada dengan media sosial yang mudah diakses pada setiap orang hanya dihujung jari.

No comments: