Friday, August 24, 2018

DUA SOALAN NABI ISA A.S

Dalam satu riwayat athar gharib daripada Imam Abu Jaafar at Thabari daripada Ali ibnu zaid ibnu Jaddan daripada Yahya ibnu Mahran daripada Abdullah ibnu Abbas (tafsir ibnu katsir).- https://www.youtube.com/watch?v=05D7RY0bmNI

Kisah ini bermula ketika Nabi Isa a.s bersama pengikutnya (Kaum Hawariyun) yang mengajukan cadangan kepada baginda untuk menghantar seorang wakil daripada mereka untuk menjejak peninggalan kapal Nabi Nuh a.s.

Lalu baginda menggenggam segenggam pasirlalu bertanya kepada kaumnya,"kamu tahu apakah yang ada digenggamku ini?". Mereka kebingungan dan membiarkan Nabi Isa a.s dan baginda melemparkan pasir berkenaan lalu berubah menjadi seorang manusia.

Dihadapan mereka muncul seorang lelaki yang sudah tua beruban rambutnya dan manusia itu ialah Ham bin Nuh, kerana terlalu takut pada saat ajalnya yang disangka hari kiamat telah berlaku sehingga beruban rambutnya akibat ketakutan.

Pada waktu inilah Nabi Isa bertanyakan dua soalan kepada beliau berkenaan cerita atau suasana ketika pelayaran Bahtera
Nabi Nuh a.s.

Soalan yang pertama, berapa besarkah kapal tersebut dan bagaimanakah keadaannya? Lalu diberitahu bahawa panjang kapal tersebut ialah 1200 hasta dan lebarnya 600 hasta. Ia mempunyai tiga dek (tingkat) iaitu di dek pertama dipenuhi dengan haiwan-haiwan liar,
pada dek kedua pula didiami manusia (Nabi Nuh a.s dan pengikutnya) dan di dek ketiga dipenuhi dengan unggas-unggas.

Lalu bertanyakan lagi tentang bagaimana najis-najis semua haiwan-haiwan tersebut dibersihkan?Beliau menjelaskan bahawa diwahyukan oleh Allah swt kepada Nabi Nuh a.s supaya menggeletek ekor gajah, lalu keluarlah babi betina lalu dimakan 
kesemua najis-najis tersebut.

Terdapat juga masalah berlaku dengan kerosakan pada lantai dan tali kapal oleh tikus-tikus yang merosakkannya, maka diwahyukan lagi kepada baginda agar menepuk diantara kedua mata singa lalu keluarlah burung-burung helang yang memburu dan memakan 
tikus-tikus tersebut.

Bagi soalan kedua pula bertanyalah Nabi Isa a.s tentang bagaimanakah Nabi Nuh a.s mengetahui bahawa seluruh daratan di bumi ini telah tenggelam sepenuhnya? DIberitahulah oleh beliau bahawa Nabi Nuh a.s telah menghantar burung gagak untuk meninjau di kawasan sekitar tetapi malangnya gagak-gagak tersebut dilekakan oleh bangkai-bangkai yang bergelimpangan.

Akibat dari sikap gagak berkenaan maka Nabi Nuh a.s berasa marah lalu disumpahkan kepada gagak-gagak berkenaan akan dibenci oleh manusia dan mereka akan sentiasa menyukai tempat-tempat kotor serta dijauhkan dengan tempat tinggal manusia. Maka baginda mengarahkan burung merpati untuk meninjau keadaan sekitar sama ada semua daratan telah dipenuhi air. Nabi Nuh a.s dapat mengetahui keadaan itu dengan melihat diparuh burung merpati itu terdapatnya ranting phon zaitun serta dikakinya pula terdapat ranting pohon tin.

Begitulah diceritakan oleh susuk tubuh manusia yang juga anak kepada Nabi Nuh a.s yang turut serta dalam pelayaran bahtera tersebut ketika peristiwa banjir besar melanda manusia. Selepas itu Nabi Isa a.s pun ingin menamatkan perbicaraan mereka walaupun dicadangkan oleh beberapa pengikutnya agar dibawa balik Sam bin Nuh tersebut ke kampung halaman mereka untuk menjawab pertanyaan lain yang akan ditanya oleh kaum-kaum mereka yang tidak turut serta. Nabi Isa a.s menegaskan bahawa mana mungkin manusia yang telah mati iaitu yang telah diputuskan rezki mereka oleh Allah swt untuk hidup bersama-sama.

No comments: