Tuesday, May 29, 2012

Ku kenal mereka...

by M Effendi M Noor on Thursday, June 30, 2011 at 11:12am
Aku t'lah kenal mereka, bukan dengan kata-kata manis mulut bual bicara. Aku t'lah kenal mereka, muka manis senyum indah seindah sang suria. Aku t'lah mengenal mereka, gerak laku tak mampu menipu. Aku t'lah kenal mereka, sedang ketawa melihat mangsa diperbodohkan mereka, Aku t'lah kenal mereka, manusia palsu yang hidup sekadar bergembira selagi ada nyawa, terlupa siapa mereka menindas sesama manusia. Aku t'lah kenal mereka, seronok menjadi tuhan menghukum dengan bebas tanpa perasaan belas. Aku t'lah kenal mereka, suka berpura-pura lupa yang nasib dan takdir hidup tidak semuanya sama. Aku t'lah kenal mereka, menjaga perut dan nafsu suka-suka biar lantak semua manusia terpenjara. Aku t'lah kenal mereka, memerangkap minda yang sentiasa alpa yang sekadar menjadi mangsa. Aku t'lah kenal mereka, pendusta kata dan pelobi kuasa atas kuasa. Aku t'lah kenal mereka, penjarah kedamaian dengan bunga keburukan tidak bertaman. Aku t'lah kenal mereka, saksi bisu yang hanya tahu berlagu. Aku t'lah kenal mereka, lemah dengan segala sifat yang baharu. Aku t'lah kenal mereka, sentiasa lihat keburukan dengan simpati palsu. Aku t'lah kenal mereka, pakaian bohong dengan selera yang hina. Aku t'lah kenal mereka, sekadar hanya menarik nafas terus terasa diri hebat dan bebas. Aku t'lah kenal mereka, menjadi binatang yang dipelihara oleh pemberi makannya.Aku t'lah kenal mereka, jika kenyang perutnya ketawapun panjang mereka cerita dusta. Aku t'lah kenal mereka, sentiasa fikir di kepala siapa yang akan ditertawakannya. Aku t'lah kenal mereka, jika makan sepuasnya dan jika tidur mahu senyenyaknya. Aku t'lah kenal mereka, sentiasa disekeliling kita dengan tawaran yang berbeza-beza dan ajakan bersimpang siur dari jalan yang betul. Aku t'lah kenal mereka, suka memperdaya siapa sahaja asalkan sesaat dapat berhibur dan berlibur. Aku t'lah kenal mereka, bukan DIA yang membawa petunjuk dan CAHAYA di atas CAHAYA. Aku t'lah kenal mereka, mereka tidak mampu memberinya walau dengan kata-kata dan janji indah fatamorgana.Dia yang ESA pemegang mutlak segalanya namun penuh belas ehsannya yang mengatasi segala-galanya. Aku t'lah jatuh CINTA, hanya DIA yang MAHA segala sifat-sifatnya.

No comments: