Friday, November 27, 2009

Seksa di Lebuh Raya di Malam Raya

Setiap tiba malam raya berjuta kenderaan masuk melaluinya. Berbagai saiz, warna dan jenis meluncur laju merentasinya dengan bermacam destinasi. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini ramai yang telah mampu membeli kereta kerana ekonomi negara yang makmur dan peluang berhutang yang mudah oleh pemodal-pemodal (bank) di negara ini. Pengeluar dan pengimpot kereta berlumba-lumba mengeluarkan model kereta baru menarik perhatian para pembeli untuk membeli atau menukarnya.

Ramai pemandu di Malaysia masih bermentaliti kelas ketiga bila berada di jalan raya tidak kira apa jua saiz kereta dan modelnya. Budaya tidak bersabar ketika memandu jelas terserlah setiap kali aliran trafik menjadi sesak disebabkan oleh bilangan kenderaan yang banyak bergerak derentak dalam satu-satu masa. Kesesakan ini juga diburkkan lagi oleh sikap memotong barisan, mencelah dan menukar lorong tanpa memberi isyarat awal serta kemalangan kecil yang berlaku disebabkan hilang sabar dan terlalu rapat mengekori kenderaan di depan.

Sebenarnya kesesakkan begini masih boleh dielakkan jika semua pemandu bertimbang rasa serta kawalan yang maksima oleh pihak berkuasa sebagai satu langkah awal mengajar dan mengubah sikap mereka. Walaupun lebuh raya dibina selebar mungkin namun perangai pengguna tidak diubah sebaiknya ia tidak akan mengubah apa-apa pun. Sikap dan perangai mahu berlumba, ego dan kurang sabar di jalan raya menjadikan pengguna jalan raya kiat masih didalam kelompok mentaliti kelas ketiga walaupun segala fasiliti yang disediakan bertaraf kelas pertama.

Pihak berkuasa juga diminta memainkan peranan utama bagi menyelesaikan masalah ini dengan memberi kawalan yang maksima terutamanya apabila tibanya malam-malam raya. Rakyat negara ini masih lagi miskin dengan moral dan mentaliti kelas ketiga masih belum bersedia berubah ke arah menjadikan negara ini bukan sahaja maju dengan kekuatan ekonominya malah turut mempunyai masyarakat yang mempunyai sikap dan moral yang tinggi yang boleh dianggap kelas yang pertama.

No comments: