Thursday, November 12, 2009

Filem Hantu Singapura, Thailand dan UFO Amerika

Baru-baru ini aku berkesempatan untuk menonton dua buah filem iaitu Where Got Ghost?, Phobia2 dan Fourth Kind. Dua buah filem berkisar gabungan siri-siri cerita seram dan sebuah filem berdasar kajian kes (case study) oleh seorang ahli hinopsis Amerika Syarikat. Cerita seram yang diolah oleh sutradara dari Singapura berkisar tentang kisahkisah paranormal yang cenderung kepada kebudayaan orang cina yang mempunyai jalan cerita dan plot yang menarik, punyai unsur komedi tetapi masih boleh diterima logik dengan prop yang kemas walaupun ringkas. Ceritanya juga penuh dengan tauladan dan pengajaran walaupun tidak terlalu seram. Untuk cerita seram dari Thailand pula ia menggabungkan lima siri yang bercampur kepercayaan moden dan tradisi. Jalan ceritanya yang menarik dan penuh teka-teki walaupun agak tahyul dan di luar logika namun kerana prop dan cara persembahannya cukup untuk diberi 4 bintang kerana banyak pengajaran yang berguna dan sesuai dengan kehidupan realiti.

Filem Fourth Kind dari Amerika Syarikat pula pada mulanya agak membosankan kerana penonton perlu menunggu lama untuk berteka-teki sama ada ia seram,mitos, jenayah atau sains fiksyen.  Namun oleh kerana diselang selikan dengan video asal yang dirakam oleh ahli hinopsis semasa prosesnya berlangsung berjaya meremang bulu roma. Mengisahkan penculikan yang dilakukan oleh makhluk asing terhadap sebuah pekan di Alaska (Nome) yang menjadi misteri dan cuba dirungkaikan oleh pasangan ahli hinopsis ditambah dengan kematian suaminya akibat misteri yang sama. Plot jalan cerita yang menarik serta dibantu dengan rakaman video asal tragedi membuatkan ramai penonton menunggu sehingga cahaya projektor pada layar dipadamkan kerana ada sedutan-sedutan suara saksi yang dirakam mengenai tragedi berkenaan.

Sayang sekali kerana agak sukar untuk mendapatkan kualiti yang sama bagi filem-filem tempatan kerana sikap para penggiat filem yang lebih mengutamakan pendapatan dan kepuasan sendiri tanpa memikirkan kualiti filem yang dihasilkan. Walaupun kerajaan setiap tahun membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk industri ini meningkatkan kualiti namun kesannya masih belum membanggakan walaupun ada peningkatan bagi jenis animasi.

No comments: