Monday, November 5, 2007

Welcome to Japan...

Tanggal 4 November 2007, jam 9 malam akhirnya aku sampai juga di negeri matahari terbit. Kata-kata "Ohaiyo Gozaimasu (Selamat pagi),"Konichiwa(selamat petang)", "Sumimasen(Maafkan saya)" dan "Arigato(terimakasih)" terngiang-ngiang dan boleh dijadikan perbualan.
Pandangan pertamaku pada negara ini ialah sememangnya maju (Barangkali 10 tahun kedepan), bersih (Kemas dan teratur) juga mempunyai penduduk yang ramai dan semuanya berlalu dengan pantas. Sampai di Lapangan Terbang Narita, sememangnya besar dan begitu sibuk dengan pesawat mungkin sekali ganda KLIA. Aku perlu mencari pengangkutan utama mereka iaitu Keretapi Letrik (Train) untuk ke tempat penginapanku di Tokyo Kenshu Center (TKC).
Pening juga melihat laluan TRAIN yang begitu banyak berbanding KL yang hanya ada LRT Putra, Star, Monorail dan Komuter. Hampir 20 laluan bawah tanah dan hampir 10 laluan diatas (seperti LRT Star) dengan kod warna yang berbeza dan nama juga berbeza mengikut nama tempat. Aku menaiki laluan Keisei Limited Express untuk ke stesyen Outo dan perlu mengabil Local Train untuk ke Sekiya (Keisei Line to Ueno).
Ceh, sesat jugak aku bila sampai di Outo terus naik Train Laluan Mita. Hampeh, sampai di Mita aku pusing balik dan terus ke Outo. Nasib baik di KL juga ada Train, tidaklah 'Jakun' sangat. Cuma tiketnya kecil macam tiket bas, jauhnya hampir sejam untuk sampai ke Tokyo lebih kurang sama dengan KLIA.Sampai di Outo terpaksa tanya petugas mana satu laluan ke Sekiya kerana disitu ada tiga tingkat untuk laluan berbeza. Nasib baik ada Nota Bahasa Jepun, senang sikit. Suasana dalam train agak sunyi kerana sudah lewat lebih kurang jam 10 malam. Di sini pukul 5 petang sudah gelap, biasala awal sejam dari sabah, hehehe. Cuaca agak dingin juga tetapi aku masih boleh tahan cuma sejuknya melekat dikulit seperti dalam peti ais. Untuk elak demam atau selsema, kena pakai jugak baju sejuk. Sampai di Sekiya, aku tengok peta dan untuk reconfirm(takut sesat lagi) aku tanya dengan polis berbasikal(alah macam cerita sin chan). Kebanyakan permukaan buminya rata dan berturap(ber tar) jadi agak bersih dan senang berjalan yang jauhnya lebih kurang Masjid Jamek ke Dayabumi.
Sampai di TKC aku disambut dengan 2 orang pekerja kaunter dan diberi borang check in bersaiz punchcard dan kebanyakannya dalam bahasa jepun(jadi kenalah tanya,hehehe). Lepas tu dia suruh duduk dan tengok video tentang kemudahan dan keselamatan didalam bangunan jika ada gempa bumi (kalau ada gempa, bestnyer,hehe). Dalam bilik kat TKC ni memang selesa (walaupun kecil tapi memang selesa).Air paipnya boleh diminum terus, ada bilik internet dan yang penting ada dobi, semuanya dikira dalam 6000 yen(hampir RM180) satu malam.Cuaca yang agak sejuk memang membuatkan perut mengeluarkan satu tindak balas yang berbunyi seperti lagu dangdut, apa lagi, megi yang dibawa dari KL terus dibuka.

1 comment:

Anonymous said...

muawaa...mcmana klo p jepun tu ah,sya pengen juga ke sana.tapi nantila ada masa..aku pun blum puas den pusing dunia,baru thaiwan sja..