Monday, November 5, 2007

Welcome to APIC & JPO

Jam 8.30 pagi (5 November) kami perlu berkumpul di Lobi TKC untuk di bawa ke pejabat APIC (Asia Pacific Industrial Property Centre). Baru dapat tahu ada 19 orang peserta kesemuanya dari berbagai negara Asia Pacific (Pakistan,India,Sri Lanka,Bhutan,Nepal,Vietnam,Thailang,Indonesia,Laos,Filipina,Papua New Gunea dan China).Dari TKC kami perlu ke Stesyen Kita-Senju yang jauhnya dari Dayabumi ke SOGO barangkali, jauh jugak dan melalui kawasan perumahan dengan jalan yang sempit tetapi boleh melihat suasana kediaman orang disini.
Semuanya jalan laju macam cerita Charlie Chaplin, ramainya manusia berkejar-kejar ke tempat kerja. Semua tiket dibeli melalui mesin, beli 10 dapat satu percuma. Harga tiket 230yen (RM6) sehala yang jauhnya selang 9 stesyen, selepas sampai di Stesyen Kasumigaseki terus keluar naik ke atas permukaan bumi dan berjalan juga sejauh dari Masjid Jamek ke Dayabumi untuk ke Bangunan APIC. Di sini barulah dapat melihat suasana Metropolitan Tokyo dengan bangunan tinggi secanggih di persekitaran KLCC berbanding di sekitar TKC yang agak lama dan di celah kawasan perumahan. Nasib baik cuaca seperti berada di dalam Air Cond walaupun cahaya matahari terang benderang. Bilik latihan di tingkat 4 dengan proses orientasi bermula dengan melawat sekitar bangunan. Keadaan dalamnya agak berbeza dengan di pejabat IP KL kerana tiada partition yang memisahkan pekerja dengan bos, mungkin sebab inilah produktiviti mereka Walla.
Makan tengahari di bangunan JPO(Japan Patent Office) dengan diskaun 20%, aku pilih mi ramen semangkuk dengan harga 250yen (RM7) selepas diskaun. Kafetarianya akan mempamerkan jenis makanan (jika ada babi, akan diletakkan ikon babi) dengan nombor siri dan harganya sekali. Lepastu pergi ke kaunter untuk buat bayaran dan diberi tiket sama saiz dengan tiket train dan dapatkan makanan di dapur yang betul. Lepas makan hantar ke mesin pengangkut pinggan. Esoknya baik aku makan megi lagi mudah,murah dan jimat sekali.hehe.

No comments: