Friday, May 23, 2008

Selamat Berkhidmat

Tanggal 18 Mac tahun ini tiba kembali pusingan untuk semua rakyat yang layak memilih mengundi calon atau parti yang dirasakan mampu memerintah. Kalau mengikut ayatnya 'perintah' iaitu menjalankan sesuatu pekerjaan dengan bantuan atau tenaga orang lain. Kerajaan asal dari perkataan 'Raja' yang sinonimyan tiada pekerjaan selain dari perintah dan arahan-arahan yang akan menentukan halatuju sesebuah negara.
Dalam era Feudal, pemerintah adalah terdiri daripada tuan tanah (Landlord) yang berkuasa selagi didalam tanahnya atau ladangnya. Bagi mereka, keputusan atau arahan yang dibuat adalah hak mutlak kita. Seperti juga dirumah kita, kita punyai kuasa penuh untuk menguruskan rumah dan orang yang berada atau menumpang dalam rumah kita.
Fahaman komunis pula membenarkan pemilikan atau hak bagi sesuatu negara itu adalah hak bersama dan membataskan pemilikan harta secara individu atas ketidakpuasan dari sistem kapitalis yang menekan golongan bawahan dengan cara mendapatkan seberapa banyak keuntungan tanpa mengira ehsan dan jurang pendapatan antara miskin dan kaya.
Bagi negara kita, demokrasi adalah hasil dari semangat nasionalisma yang terpahat akibat terkongkong dari pemerintahan penjajah dan ketidakselesaan orang-orang bumiputera khususnya orang - orang melayu yang dibelakangi oleh raja-raja dan pembesar melayu (feudal). Mereka inilah Nasionalis yang secara tidak langsung menjadi satu pertubuhan yang berteraskan kebangsaan sehinggakan ada tokoh waktu itu ditolak semata-mata kerana idea pemuafakatan atau perkongsian kuasa diantara tiga kelompok kaum terbesar negara iaitu Melayu, Cina dan India.
Namun idea ini ditolak dan hanya diterima pakai beberapa tahun selepasnya dan sehingga kini telah berjaya mewujudkan kerajaan berpuluh-puluh tahun lamanya. Kini lahir beberapa parti politik yang hanya berteraskan prinsip atau slogan atau ideologi yang tidak memihak kepada apa-apa fahaman kecuali memperjuangkan idealisma atau lebih kepada kebebasan atau liberalisma atau kepada satu matlamat atau prinsip sama rata tetapi dalam konteks keadilan.
Akhir-akhir ini ramai pemilih telah menunjukkan respon atau pilihan yang mereka buat tetapi ia bukanlah sesuatu perubahan tetapi mungkin hanya mahu mengajar orang-orang politik agar lama-kelamaan mereka akan mendapat situasi menang-menang kerana rakyat sebenarnya tidak begitu terpengaruh dengan politik tetapi hanya mahu berpolitik bila musimnya tiba. Sekali air bah, sekali pantai berubah.

No comments: