Wednesday, December 19, 2007

Aku yang masih telanjang

Sememangnya setiap insan itu dilahirkat telanjang, terpulanglah kedua-dua ibubapanya atau penjaganya memberinya pakaian dan terpulanglah jenis pakaian mana yang dipakai untuk menutup sebatang tubuh.
Begitulah juga pakaian hidupnya, bilamana dewasa ia akan menentukan jenis pakaiannya sendiri. Telanjang selalunya diistilahkan sebagai tidak berpakaian, tetapi bagiku telanjang boleh digunakan dalam semua aspek kehidupan.
Telanjang akal, telanjang ilmu dan ketelanjangan sikap juga adalah sesuai untuk setiap insan. Ia tidaklah sama dengan telanjang tanpa pakaian kerana ia hanyalah dari segi fizikal untuk menutup oragan yang paling besar iaitu kulit dari ancaman suasana seperti suhu dan permukaaan lain yang berbagai-bagai dari luka dan mencacatkan.
Ketelanjangan akal memberikan seseorang itu fikiran yang tidak terbatas namun amat terdedah kepada persekitaran fikiran yang mudah diserap atau yang akan melukai akal itu sehinggakan tercedera dan berparut. Minda yang telanjang sebenarnya lebih mudah menerima tetapi jika tidak berhati-hati ia akan dirosakkan oleh anasir-anasir yang memesongkan.
Ilmu yang telanjang menyebabkan sesuatu sifat keilmuan itu mudah diresapi oleh mana-mana teori atau antologi yang menyebabkan penjajahan ilmu itu membawa kepada kebobrokan cabangannya sehinggakan sesuatu ilmu tidak dapat dipastikan asalnya atau perkara basisnya yang menyebabkan ilmu itu kurang dicerna sebaik-baikya.
Sikap yang tidak tetap dan sering berubah-ubah menyebabkan peribadi seseorang itu lebih terikut-ikut atau terbawa-bawa dengan arus persekitaran atau hubungan dengan penyikap yang lain menyebabkan sikapnya sering berubah-ubah sehinggakan kadang-kadang sukar difahami apakah sikapnya yang sebenar.
"Maka dijadikan setiap insan itu suci bersih seperti kain putih, terpulanglah kepada penjaganya mencorakkannya sama ada menjadi sepertinya" dan "Setiap insan itu telanjang sehingga terpulanglah kepada setiap pakaian yang dipakainya itulah yang akan menjadi perhiasannya atau pandangan orang terhadapnya".

1 comment:

Anonymous said...

ya..ku memang sokong deh pANDANGAN SEPERTI INI,trima kasi ya..atas informasinya.buat aku, mau c klo berubah harus hidup punya iman yang tegu..seperti aku menghiasi pagar pagar indah dan ngak akan roboh.