Sunday, April 22, 2007

Warna - warna kehidupan...

Dunia ini penuh warna-warni, ada yang berseri, ada yang tidak lagi bersinar. Adakalanya amat terang sehingga silauannya amat menyakitkan. Namun masih ada warna yang menyejukkan pandangan dan menggembirakan.

Warna-warna muncul mengikut edaran perasaan dan persekitaran. Setiap individu dapat melihatnya dalam pelbagai kecerahan, kegelapan dan juga kepudaran. Semua melihat kehidupan ini berwarna-warni. Kadangkala ianya amat disenangi dan ada jugak yang amat dibenci dan sentiasa ingin lari dari menghampiri.

Asasnya warna kehidupan dalam dua punca yang berbeda namun menghasilkan warna yang sama. Warna dari tiga punca yang akhirnya jika kecerahannya sama menghasilkan hitam segelap-gelapnya. Empat puncanya pula bila kecerahannya sama menghasilkan putih yang menyilau panorama.

Apapun warna-warna ini sentiasa bercampur, mendominasi antara satu sama lain sehinggakan menerbitkan jutaan warna. Itulah warna-warna kehidupan.

No comments: