Alif Ba Ta duniaku, ABC duniamu,
Jalanku menuju destinasi Tuhanku,
Jalanmu menggilai dunia haru biru,
Duniaku adalah penjara sebagai hamba,
Duniamu adalah raja menurut nafsu didada.
Alam indah terbentang beraneka warna,
Makhluk berkongsi hidup bersama,
Rahmat Tuhanku tidak mengenal rupa,
Sifat RahmanNya meliputi segalanya,
Dialah Tuhan yang diperlukan hambanya.
Kelazatan dunia tidak kekal selamanya,
Kemahuan manusia tidak ada noktahnya,
Bertebaran mereka ke segenap penjuru,
Manusia makhluk yang punya nafsu,
Bersama berseteru apabila keinginan melulu.
Nikmat dunia hanyalah fatamorgana,
Kepalsuan dan pembohongan menghiasinya,
Mereka punya cita dan rasa menggunung,
Bila akal dan nafsu menjadi pendorong,
Melakukan apa sahaja walau melencong.
Manusia bersifat hamba menikam rasa,
Sifat manusiawi mencabar naluri insani,
Kebebasan mutlak bukanlah tujuan hidup,
Patuh dan taat menabur manfaat untuk semua,
Redha manusia bukan tujuan,
Redha Tuhan itulah matlamatnya.
Jalanku menuju destinasi Tuhanku,
Jalanmu menggilai dunia haru biru,
Duniaku adalah penjara sebagai hamba,
Duniamu adalah raja menurut nafsu didada.
Alam indah terbentang beraneka warna,
Makhluk berkongsi hidup bersama,
Rahmat Tuhanku tidak mengenal rupa,
Sifat RahmanNya meliputi segalanya,
Dialah Tuhan yang diperlukan hambanya.
Kelazatan dunia tidak kekal selamanya,
Kemahuan manusia tidak ada noktahnya,
Bertebaran mereka ke segenap penjuru,
Manusia makhluk yang punya nafsu,
Bersama berseteru apabila keinginan melulu.
Nikmat dunia hanyalah fatamorgana,
Kepalsuan dan pembohongan menghiasinya,
Mereka punya cita dan rasa menggunung,
Bila akal dan nafsu menjadi pendorong,
Melakukan apa sahaja walau melencong.
Manusia bersifat hamba menikam rasa,
Sifat manusiawi mencabar naluri insani,
Kebebasan mutlak bukanlah tujuan hidup,
Patuh dan taat menabur manfaat untuk semua,
Redha manusia bukan tujuan,
Redha Tuhan itulah matlamatnya.